Konsert Muzikal Puteri Gunung Ledang Di Istana Budaya Mulai 20 Mac

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 10:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsert Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) akan berlangsung di Istana Budaya di sini dari 20 hingga 24 Mac depan.

Menurut peneraju konsert, Puan Sri Tiara Jacquelina, konsert PGL yang diberi nama 'Rebirth of a Legend' itu, sepatutnya diadakan dari 27 November hingga 1 Disember tahun lalu, namun terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah kotak suara beliau yang membengkak.

Sehubungan itu, beliau berkata konsert kali ini menjanjikan kelainan dan keistimewaan, termasuk buat julung kalinya mengadakan 'Rock Zone' iaitu ruang berdiri di hadapan pentas yang boleh memuatkan 300 penonton pada satu-satu masa.

"Penonton akan berada di depan pentas dan mereka akan dapat merasakan kemuncak keriangan apabila mereka boleh menyanyi dan berhibur secara dekat dengan watak daripada PGL," katanya pada sidang media pengumuman tarikh konsert itu di sini, Rabu.

Tiara, yang memegang watak Puteri Gunung Ledang, berkata tujuh persembahan akan dipentaskan sepanjang lima hari ia berlangsung.

Beliau turut memaklumkan bahawa dalam konsert muzikal terbabit, beberapa babak akan dilakonkan di atas pentas secara original seperti di dalam filem, sebagai penghargaan kepada peminat PGL.

Tiket konsert dijual pada harga RM79, RM129, RM179, RM219, RM259, RM339 dan RM439. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.Tickethotline.com.my atau www.Ticket2u.biz.

Selain Tiara, watak Hang Tuah akan dibintangi Stephen Rahman Hughes manakala Datuk AC Mizal pula sebagai Gusti Adipati (Raja Majapahit).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan