Wanna Ali "Hilang" Kerana Tumpu Pada SPM

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 12:30 AM

Wanna menyepi kerana memberikan tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Foto SHAARI CHE MAT.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Lepaskan iaitu Wanna Ali menjelaskan kehilangannya daripada industri seni selama setahun pada tahun lalu bukan disebabkan merajuk atau enggan lagi terlibat dalam bidang berkenaan.

Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Ali, 18, sebaliknya berkata, kehilangannya itu kerana dia memberikan tumpuan kepada persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Bukan merajuk atau sudah tidak mahu jadi artis tetapi saya mahu tumpu kepada pelajaran tambahan pula ketika itu saya bakal menduduki peperiksaan paling penting.

"Alhamdulillah sepanjang tempoh itu saya betul-betul fokus kepada persekolahan dan tidak terfikir mengenai karier sebagai artis," katanya kepada mStar Online.

Malah kata Wanna, dia juga terpaksa menolak secara baik semua tawaran yang diberikan kepadanya agar pembelajarannya di sekolah tidak terganggu.

"Apabila ada tawaran saya akan menjelaskan sebab-sebab saya terpaksa tolak dan mujur mereka faham akan situasi saya. Kini selepas selesai SPM saya mahu kembali merancakkan karier nyanyian," jelasnya.

Wanna bakal muncul dengan album pertama.

Wanna turut memberitahu dia baharu sahaja melancarkan single duet bersama penyanyi rap Juzztin berjudul Tak Mengapa.

Dalam pada itu, Wanna memberitahu, biarpun sudah kembali aktif dalam bidang seni dia berhasrat menyambung pengajiannya di peringkat universiti selepas mendapat keputusan peperiksaannya.

Jelas Wanna, dia mahu mengambil bidang pengurusan perniagaan agar dapat membantu ibunya, Datuk Ayu Puteh menguruskan syarikat produksinya, Pencil Pictures Records pada masa hadapan.

"Saya meminati kedua-dua bidang ini dan sebagai langkah jaminan masa hadapan saya mahu menyambung pengajian dalam bidang perniagaan dan pada masa sama terus aktif sebagai penyanyi," katanya. 

Semetara itu, Wanna berkata, perancangan masa terdekat, dia bakal melancarkan album pertamanya yang mengandungi lima buah lagu sebagai bukti dia serius dalam nyanyian.

Jelas Wanna, dia juga cukup bertuah dapat bekerjasama dengan pelbagai komposer dan penulis lirik berbakat dalam membantunya menerbitkan album berkenaan.

"Untuk album pertama ini saya mempunyai visi tersendiri dalam memperkenalkan jenama saya kepada pendengar namun pada masa sama saya tidak mahu dilabel sebagai 'syok sendiri'.

"Alhamdulillah saya ada pasukan yang banyak memberi tunjuk ajar tentang lagu dan arah tujuan album tersebut," katanya.

Tambah Wanna, selain bekerjasama dengan mentornya, Ajai album berkenaan turut mendapat sentuhan daripada DJ Fuzz dan komposer daripada Indonesia, Adista.

Tags / Kata Kunci: Wanna Ali.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan