'Isyarat Cinta' Buka Laluan Fizo Omar Kembali Aktif

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Pelakon Fizo Omar menganggap kemunculannya dalam filem terbaharu iaitu Isyarat Cinta adalah permulaan terbaik untuknya kembali aktif sebagai pelakon.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, selepas hampir dua tahun tidak menerima sebarang tawaran lakonan dia kini bersedia merancakkan kembali karier lakonannya.

"Biarpun Isyarat Cinta telah lama menjalani penggambaran namun saya lihat tarikh penayangannya sesuai sebagai permulaan untuk saya kembali aktif sebagai pelakon.

"Sebelum ini saya enggan menerima tawaran berlakon kerana terlalu sibuk menguruskan perniagaan dan bimbang tidak dapat memberikan komitmen.

"Sekarang Alhamdulillah perniagaan Hot Burger saya pun semakin stabil dan ini adalah masa yang sesuai untuk kembali aktif" ujarnya kepada mStar Online.

Fizo ditemui pada sidang media pelancaran treler filem berkenaan di Hotel Grand Dorsett di sini pada Isnin.

Fizo Omar

Selain beberapa pelakon terlibat, hadir sama produser filem berkenaan Datuk Rosyam Nor, pengarahnya Bade Hj Azmi dan Presiden Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Selain Fizo, Isyarat Cinta menampilkan Adi Putra dan Liyana Jasmay yang mengisahkan percintaan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dalam pada itu, Fizo berkata, dia pernah berasa cemburu terhadap beberapa rakan artis seangkatannya yang sering menghiasi drama dan filem lakonan mereka.

Namun kata Fizo, nekadnya untuk memberi fokus kepada perniagaan dan mengenepikan karier lakonan adalah antara pengorbanan yang perlu dilakukan.

"Rindu dan cemburu memang ada apabila melihat kawan-kawan sering muncul di televisyen tetapi saya sedar itu adalah pengorbanan yang harus saya lakukan.

Jujur saya akui ia bukan mudah tetapi Alhamdulillah usaha saya mula menampakkan hasil walaupun sedikit," jelasnya.

Sementara itu kata Fizo, dia merancang untuk membuka syarikat produksinya sendiri pada masa hadapan selain memperluaskan perniagaan makanan yang diceburinya.

"Banyak impian saya tetapi saya harus menyusun dengan teliti agar semuanya berjalan lancar.

"Insya-Allah saya juga mahu membuka syarikat produksi saya sendiri suatu hari nanti," ujarnya.

Bercakap mengenai penglibatannya dalam filem Isyarat Cinta, Fizo berkata, secara peribadi lakonannya dalam naskhah itu adalah antara terbaik yang pernah dilakukannya.

Pelakon Isyarat Cinta dari kiri Fizo Omar, Liyana Jasmay dan Adi Putra.

Ialah kata Fizo, Bade berjaya mengeluarkan sisi dalamannya memandangkan hampir setiap babak melibatkannya memerlukan kekuatan emosi.

"Sebab itu saya kata karya ini adalah permulaan terbaik saya untuk kembali aktif kerana saya sendiri suka dengan kekuatan watak saya.

"Bukan mudah untuk bertindak sebagai orang tengah kepada pasangan yang buta (Liyana) dan bisu dan pekak ( Adi)," ujarnya.

Isyarat Cinta merupakan filem arahan Bade Hj Azmi yang akan menemui penonton di pawagam pada 19 Mac 2015.

Tayangan Amal Perdana Hanya RM100

Bagaimanapun pada 4 Mac 2015, tayangan amal perdana anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) akan diadakan di pawagam Cathay e-Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Tiket eksklusif menyaksikan tayangan amal perdana ini ialah dari RM100 yang antara lain bertujuan mengumpul dana membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Pantai Timur.

Penonton yang turut serta dalam projek amal ini akan berpeluang menjadi orang pertama menonton filem ini selain dapat bersamah mesra dengan artis.

Selain dapat menikmati makan malam percuma dan mendapat beberapa hadiah sampingan lain, sumbangan yang diberikan adalah untuk aktiviti kebajikan.

Untuk tempahan tiket dan sebarang pertanyaan mengenai tayangan amal ini bolehlah menghubungi 017-2429699 (Bohari) dan 012-2578884 (Amie).

Tags / Kata Kunci: Fizo Omar , Isyarat Cinta , WHAM

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan