Pelakon Eizlan Yusof Cerai Talak Satu

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 7:58 PM

Datuk Eizlan Yusof

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Rumah tangga yang dibina pelakon Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun selama tujuh tahun akhirnya musnah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu.

Perceraian mereka disahkan oleh Makamah Syariah Gombak Timur di sini pada Isnin.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.

Gambar kenangan Eizlan, isteri dan anak mereka yang dirakamkan pada 2011.

Pasangan tersebut bersetuju hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu  manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.

Vie Santie selaku plantif juga bersetuju tidak akan membuat tuntutan mutaah manakala nafkah edah pula akan diberikan mengikut budi bicara Eizlan.

Eizlan, 44, dan Vie Santie, 29, bernikah pada 7 Julai 2007 dengan hantaran RM77,777.77.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan V Zaalia yang berumur antara dua hingga enam tahun.
Tags / Kata Kunci: Eizlan Yusof

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan