Aman (AF2014) Terima Jika Rezeki Di Bidang Lakonan

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 12:40 AM

Aman mula menyedari bakatnya dalam bidang lakonan selepas selepas bergandingan dengan pelakon remaja popular, Elfira Loy. -SAMUEL ONG/THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Aman (AF2014) memberitahu menerima andai kerjayanya selepas ini lebih cenderung kepada bidang lakonan.

Aman atau nama sebenarnya Muhammad Razman Abdul Aziz, 22, berkata, dia menyedari bakatnya dalam bidang lakonan selepas bergandingan dengan pelakon remaja popular Elfira Loy dalam  drama Cinta Suci Jadi Saksi yang baharu ditayangkan pada Sabtu lalu.

"Saya tidak pernah berlakon sebelum ini dan drama itu percubaan pertama saya, Alhamdulillah ramai yang beri respon yang baik.

"Elfira banyak memberi tunjuk ajar untuk berlakon dengan baik dan pengarah Micheal Ang pun banyak beri galakkan pada saya," ujarnya kepada mStar Online.

Aman ditemui pada festival Anugerah Meletop Era 2015 yang diadakan di Pacific Place, di sini, Ahad.

Bercerita tentang pengalamannya berkakon, Aman berkata, lidahnya kelu ketika pertama kali diminta berdialog dihadapan Elfira.

Bagaimanapun, katanya, sikap Elfira yang gila-gila membuatkan dia cepat selesa dan dapat mencari keserasian sebagai pasangan kekasih dalam telefilem tersebut.

"Gugup pertama kali berhadapan dengan dia, sebelum ini saya hanya tengok lakonan dia di televisyen sahaja dan tidak terfikir akan bergandingan dengannya.

"Nasib baik juga dia seorang yang cepat mesra dan mudah di buat kawan. Sehari sahaja kami sudah rapat dan berkongsi pendangan tentang watak masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Aman berkata, dia baharu sahaja menjalani uji bakat untuk drama Oh My English! selain mempromosi lagu single pertamanya berjudul Without You.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan