Deejay Suria FM & Artis Turun Padang Bantu Gelandangan

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 12:30 AM

Bob bersama album kompilasi 'Suria Rock Bersama Bob Ringgo'. Foto SHAARI CHE MAT.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM bersama beberapa artis tempatan telah berganding bahu membantu golongan gelandangan di ibu negara dalam sebuah program amal iaitu Suria Rock Bersama Bob Ringgo yang diadakan di perkarangan Maju Junction Mall pada malam Jumaat lalu.

Bob yang mewakili Suria FM berkata, program berkenaan diadakan bagi membantu golongan kurang bernasib baik itu dengan mengedarkan makanan percuma, sumbangan pakaian serta keperluan harian kepada mereka dan ia satu kejayaan.

"Kedaifan dan kesusahan yang dilalui golongan warga gelandangan bukan sesuatu yang harus dipandang ringan dan Alhamdulillah program hari ini berjaya dengan objektifnya untuk membantu golongan ini.

"Sokongan dan sumbangan daripada banyak pihak telah memungkinkan penganjuran acara tersebut," katanya kepada mStar Online

Selain Suria FM, program tersebut dianjurkan oleh Life Records dan Persatuan Kebajikan Wilayah Cinta atau Region of Love (ROL).

Penyanyi Wanna Ali dan Bob sedang mengagihkan pakaian kepada golongan gelandangan di ibu kota.

Menerusi program itu, ROL turut memberikan khidmat kaunseling, perubatan dan khidmat nasihat kepada golongan itu agar mereka dapat memperbaiki diri pada masa hadapan.

Antara deejay Suria FM yang terlibat dalam acara berkenaan adalah Bob Ringgo, Reza Mohamed dan Adibah Nor.

Artis yang terlibat pada acara itu adalah Dan Loka, Wanna Ali, Fauzy Aisuman, Hadee, Joey (BPR), Wanns Ahmad dan Aiman Ismail dan kesemua mereka turut membantu mengagihkan barangan bantuan selain mengadakan persembahan. 

Sementara itu, pihak Life Records turut melancarkan album Suria Rock Bersama Bob Ringgo iaitu sebuah album yang menampilkan 30 buah lagu yang dipilih dari kumpulan terbaik sepanjang zaman.

Malah RM10 dari setiap penjualan album berkenaan pada acara itu pihak Life Records akan disumbangkan kepada ROL untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan.

Tags / Kata Kunci: Bob Ringgo , Suria FM , Life Records.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan