Pertemuan Tidak Sengaja Uqasha & Pekin Beri Aura Positif

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 12:31 AM

Gambar yang diambil Uqasha bersama Pekin yang dimuat naik di laman Instagram.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose menjelaskan tindakannya memuat naik gambar bersama bekas tunangnya, aktor Pekin Ibrahim bukan bererti cinta di antara mereka kembali bertaut.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 23, sebaliknya berkata, gambar berkenaan bukti mereka tidak lagi bermusuhan atau menyimpan dendam terhadap kegagalan mempertahankan hubungan sebelum ini.

"Apa yang telah berlaku sebelum ini sudah pun menjadi sejarah. Tidak perlu lagi ia dibangkitkan.

"Alhamdulillah hubungan kami baik-baik sahaja sebagai kawan. Tidak lebih daripada itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Tambah Uqasha, dia bertemu dengan Pekin secara tidak sengaja ketika menghadiri sesi fotografi berasingan di sebuah syarikat akhbar pada Jumaat.

Bagaimanapun kata Uqasha, itu bukan kali pertama mereka bertemu selepas berpisah tahun lalu tetapi pertemuan kali ini paling baik kerana mereka saling bertegur sapa untuk bertanya khabar.

"Sebelum ini kami ada bertemu di majlis-majlis hiburan tetapi hanya sekadar melambaikan tangan atau senyum sahaja.

"Tetapi pertemuan kali ini kami saling bertanya khabar dan berbual-bual mengenai filem terbaharunya, Coverina yang akan ditayangkan dipawagam tidak lama lagi," katanya.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, mereka tidak mungkin akan kembali bersama sebagai pasangan kekasih kerana masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Jelas Uqasha lagi, dia kini hanya menganggap Pekin seperti abangnya dan menghormati pemuda itu sebagai senior dalam bidang seni.

"Ia tidak mungkin berlaku. Biarlah kami kawan biasa sahaja dan masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Saya berharap dia akan bertemu dengan kebahagiannya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Uqasha berkata, dia bakal membuka sebuah syarikat produksi miliknya pada pertengahan tahun ini dan akan memfokuskan kepada penerbitan program televisyen dan drama.

Kata Uqasha, biarpun masih baharu dalam bidang seni namun itu menganggap perkara itu sebagai kekuatannya untuk terus mempelajari selok belok tentang dunia penerbitan.

"Insya-Allah jika segala-galanya berjalan lancar syarikat produksi itu akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Doakan yang baik-baik untuk saya," katanya yang kini dikaitkan dengan pelakon Syafiq Kyle.

Sementara itu, Pekin yang dihubungi turut menjelaskan pertemuan singkatnya dengan Uqasha selepas sekian lama memberi aura positif dalam dirinya untuk melupakan semua kisah lama.

"Bidang seni ini kecil sahaja. Bermusuhan pun tidak ada gunanya dan paling penting kita masing-masing sudah meneruskan hidup," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pekin Ibrahim. Uqasha Senrose.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan