Yana Samsudin & Fadzil Zahari Bergelar Suami-Isteri Dengan Sekali Lafaz

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 4:30 PM

Yana sah bergelar suami kepada Fadzil. Foto Ihsan Project2pi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Yana Samsudin selamat bergelar isteri kepada aktor dan penulis skrip Fadzil Zahari pada majlis akad nikah yang diadakan selepas solat Jumaat.

Akad nikah pasangan itu disempurnakan oleh  Imam Shamsul Rizalaris Abdul Hamid pada majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Taman Kota Impian, Yong Peng, Johor.

Pelakon Shahiezy Sam dan Erra Fazira pula bertindak sebagai pengapit kepada pasangan tersebut.

Fadzil kelihatan ceria selepas majlis akad nikah selesai.

Majlis berkenaan diadakan secara sederhana dengan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan teman rapat pasangan itu.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 31, menerima mas kahwin berjumlah RM10,000 manakala wang hantaran sebanyak RM50,000.

Fadzil atau nama sebenarnya Fadzil Bahari Zahari, 32, turut menyerahkan lima dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan Sabtu (esok) di Dataran Gemilang Yong Peng, Johor bermula pada pukul 4.30 petang sehingga 10.30 malam.

Yana mencium tangan suaminya selepas dijabkabulkan.

Terdahulu, Yana memberitahu dia terkejut apabila Fadzil sabar menantinya sejak dari awal perkenalan dan selepas merisiknya pada 16 September 2010.

Malah dia tidak menyangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepadanya biarpun terpaksa menunggu lama sebelum dia benar-benar bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

"Dia adalah seorang lelaki paling penyabar selain senang dibawa berbincang. Saya hormat sikap dan dirinya. Pada mata saya dia lelaki yang beriman. Dia banyak mengingatkan saya mengenai hal berkaitan agama," katanya.

Fadzil yang juga adik kepada aktor Farid Kamil menghantar rombongan meminang kepada keluarga Yana sekitar Disember tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Yana Samsudin , Fadzil Zahari.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan