"Tiada Perancangan Kahwin Tahun Ini" - Neelofa

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 12:31 AM

Neelofa di hadapan kek ulang tahun kelahirannya yang ke 26. Foto Ihsan: Mohd Noor (Paradigmastudio Model)

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Neelofa tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga sepanjang 2015.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, setakat ini dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.

"Tahun 2015 ini saya hanya akan fokus kepada kerjaya dan perniagaan sahaja dan tiada sebarang perancangan untuk berkahwin.

"Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki pun buat masa ini," ujarnya kepada mStar Online.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan hari lahir ke 26 yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini, Khamis.

Wajah-wajah cerita Neelofa. Foto ihsan Mohd Noor (Padadigmastudio Model)

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengasas kosmetik Airis, Datuk Aizuddin Ghazali dan pereka fesyen terkenal Bon Zainal.

Tambahnya, soal berkaitan jodoh diserahkan kepada Allah dan dia tidak terlalu terdesak untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda ini.

"Saya seorang yang percaya pada ketentuan jodoh yang Allah telah pun tetapkan pada setiap hambanya.

"Kalau ada jodoh adalah dan kalau tiada buat masa ini pun saya akan tetap teruskan hidup kerana saya bukan terdesak untuk berkahwin awal," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang gosip dilamar  golongan kerabat, Neelofa berkata, ia tidak mahu membuka mulut tentang perkara itu berikutan enggan khabar angin itu terus berlanjutan.

Katanya, perkara itu terlalu sensitif dan ia melibatkan golongan yang tertinggi dalam negara.

"Ia adalah tidak benar dan saya kunci mulut selama ini kerana tidak mahu khabar angin itu terus berpanjangan.

"Ia melibatkan golongan kerabat dan saya tidak mahu kenyataan saya akan jadi negatif dan memburukkan lagi keadaan," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Neelofa

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan