Best FM Bakal Beroperasi Di KL Awal Tahun Depan

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 12:30 AM

Ketua Pegawai Ekskutif Best FM, Yusri Abu Samah (empat dari kiri) yakin stesen radio itu akan mendapat sambutan hangat daripada pendengar. Foto AZLINA ABDULLAH.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stesen radio Best FM yang kini berpangkalan di Pasir Pelangi, Johor Bahru bakal beroperasi di Kuala Lumpur pada awal tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Best FM, Yusri Abu Samah berkata, pihaknya merancang untuk membuka konti studio di ibu negara sebagai salah satu langkah beterusan memperluaskan kandungan program stesen itu pada masa hadapan.

"Buat masa ini Best FM masih beroperasi di Johor Bahru dan kami merancang untuk membuka studio di Kuala Lumpur yang terletak di Berjaya Time Square.

"Pembukaan studio itu nanti dapat mempelbagaikan lagi kandungan program selain mengambil selebriti sebagai penyampai radio," katanya kepada mStar Online.

Yusri ditemui pada sidang media memperkenalkan wajah baharu stesen itu selain barisan penyampai radio termasuk penyanyi Haiza yang bakal ke udara menerusi segmen Best Pagi.

Dalam pada itu, Yusri berkata, pihaknya masih mengekalkan format stesen itu yang memutarkan lagu-lagu irama keroncong moden dan etnik kreatif disamping memutarkan lagu-lagu popular sekitar tahun 90-an dan terkini.

Kata Yusri lagi, Best FM yang sebelum ini dikenali sebagai Best 104 juga berwajah baharu dengan imej lebih segar sesuai dengan cita rasa pendengar.

Barisan penyampai stesen radio Best FM.

"Kami menyasarkan pendengar dari umur 25 hingga 45 tahun dengan menampilkan konsep program yang lebih ceria, interaktif dan menghiburkan," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan Haiza sebagai penyampai radio stesen itu, Yusri berkata, penyanyi itu dipilih kerana mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran radio selain mempunyai pengikut tersendiri.

Jelas Yusri lagi, pihaknya ada menyenarai beberapa nama namun tidak ramai yang bersedia untuk berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru seperti mana Haiza.

"Kami mencari kualiti keseluruhan sebelum memilih penyampai Best FM dan Haiza ada semua ciri-ciri yang kita mahu dan kontrak selama setahun ini diharap dapat menambah lagi pengalamannya dalam bidang radio," ujarnya.

Antara program terbaharu yang bakal diperkenalkan kepada pendengar bemula 16 Februari ini adalah Best Pagi bersama Haiza dan Zairi (6 hingga 10 pagi), Best Cafe bersama Helmi (1 hingga 4 petang) dan Best Petang bersama Azieqa (Azhar dan Iqa) (4 hingga 8 malam).

Manakala segmen lain adalah Seleksi Best bersama Mel (8 hingga 10 malam) dan Best Hit bersama Fiza Rahman (10 malam hingga 1 pagi).

Best FM boleh didengari menerusi frekuensi 104.1 FM di Johor Bahru, Singapura, Kepulauan Riau Indonesia dan Lembah Klang.

Manakala untuk negeri Melaka dan Negeri Sembilan menerusi frekuensi 94.8 FM dan 102.5 FM di Johor Timur.

Pendengar juga boleh mendengar stesen radio itu menerusi dalam talian di www.best.com.my

Tags / Kata Kunci: Best FM.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan