Nadia (AF6) Bertunang April Depan

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 12:32 AM

Nadia

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Nadia AF 6 bakal mengikat tali pertunangan pada 18 April depan dengan jejaka pilihannya iaitu seorang penolong pengurus di sebuah gimnasium bernama Hafiz Hamdan, 28.

Nadia atau nama sebenarnya  Haswani Hasnan, 25, berkata, dia kini sedang sibuk membuat beberapa persiapan untuk majlis yang bakal berlangsung itu.

"Alhamdullah, saya akan bertunang pada 18 April ini bersama kekasih saya iaitu Hafiz Hamdan dan berkahwin mungkin pada Disember depan.

"Sekarang sedang buat persiapan pertunangan untuk jemputan seramai 100 orang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan media," ujarnya kepada mStar Online.

Imej Nadia semasa di awal kemunculannya dalam Akademi Fantasia musim keenam.

Tambah Nadia, keputusan tersebut dibuat selepas merasakan ia adalah masa yang paling sesuai  untuk dia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Sementara itu, Nadia berkata, dia bakal bersiaran sebagai pengacara sukan di saluran Astro Arena tidak lama lagi.

Malah dia menganggap tanggungjawab sebagai pengacara rancangan sukan sebagai satu cabaran baharu buat dirinya.

"Saya akan bersama Astro Arena sebagai pengacara Sorotan 12 yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

"Saya hadiri uji bakat itu dan tidak sangka terpilih kerana saya akui pengetahuan dalam bidang sukan tidak terlalu luas berbanding calon lain yang hadir temuduga.

"Namun, mungkin mereka melihat keyakinan saya dalam mengacara rancangan tersebut dengan baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nadia  bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Kamu Aku Satu ciptaan Farah Asyikin.
Tags / Kata Kunci: Nadia (AF6)

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan