Krisdayanti Pilih Nyanyi Lagu M Daud Kilau

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 12:31 AM

Krisdyanti

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti bakal mendendangkan tiga buah lagu popular Datuk M. Daud Kilau bersempena persembahan Minggu Setiausaha 'Krisdayanti Di Taman Bintang' yang akan diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara di sini pada 16 April depan.

Krisdayanti, 39, berkata, dia tertarik untuk menyanyikan seleksi lagu daripada 'Raja Gelek' itu kerana sudah lama meminati penyanyi berkenaan selain ingin menampilkan kelainan pada persembahan itu nanti.

"Apabila mendapat tawaran mengadakan persembahan Minggu Setiausaha saya mula terfikir apakah bentuk kelainan yang dapat saya lakukan agar peminat berasa teruja dan tidak bosan.

"Saya ingin menyampaikan seleksi lagu Melayu Asli dan terus terfikirkan lagu-lagu M. Daud Kilau.

"Saya sudah memilih tiga buah lagu daripada beliau untuk disampaikan pada persembahan itu nanti," katanya kepada mStar Online.

Krisdayanti ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha 'Krisdayanti Di Taman Bintang' yang diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara di sini pada Selasa.

Julian Blaydes (kiri) dan Julian Blaydes.

Tiga buah lagu M. Daud Kilau yang bakal disampaikan Krisdayanti nanti adalah Cek Mek Molek, Joget Kelantan dan Laksamana Raja Di Laut.

Selain itu, Krisdayanti juga bakal menyampaikan lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah serta 17 lagu popularnya.

Dalam pada itu, Krisdayanti turut berasa gembira apabila mendapat tahu tiket untuk persembahan istimewanya itu sudah terjual hampir 70 peratus di bahagian galeri selain 25 meja daripada 69 yang disediakan biarpun belum dihebahkan secara rasmi.

"Mendengar perkhabaran itu saya lebih bersemangat untuk mengadakan persembahan malah menjanjikan kelainan termasuk aspek pakaian dan atur cara majlis.

"Insya-Allah pelbagai kejutan akan diberikan kepada peminat yang bakal hadir nanti," ujarnya.

Acara yang bakal diadakan di Mutiara Grand Ballroom itu akan dikendalikan oleh pengacara Dee.

Sementara itu, Pengurus Besar Royale Chulan Damansara, Julian Blaydes berkata, pada acara berkenaan pelbagai hadiah menarik turut disediakan seperti tiket penerbangan ke New York, London dan Tokyo tajaan Emirates.

Selain itu, pihak Fella Design turut menaja dua set sofa selain kalung dan Shawl sumbangan Demiane.

"Krisdayanti adalah pilihan tepat untuk meraikan Minggu Setiausaha dan turut disediakan pelbagai hadiah menarik untuk penonton," katanya.

Harga tiket untuk menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM15,000 (satu meja), RM10,000 (satu meja), RM5,000 (satu meja), RM500 (perseorangan), RM150 dan RM120 (galeri/perseorangan).

Untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket boleh menghubungi 03-7959-9190 atau melayari www.royalechulandamansara.com.my.

 

Tags / Kata Kunci: Krisdayanti

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan