Jep Tolak Tawaran Residen Artis Stesen TV

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 12:33 AM

Jep mahu hidup tanpa tekanan gosip liar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Jep (Sepahtu)  pernah menolak tawaran lumayan daripada sebuah stesen televisyen yang ingin mengambilnya sebagai artis eksklusif kerana tidak terpedaya dengan wang.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri  Zainal Abidin, 30, berkata, ia adalah kerana matlamatnya dalam industri seni tanah air bukan kerana wang semata-mata.

"Saya pernah ditawarkan oleh sebuah stesen televisyen dengan nilai yang sangat lumayan tahun lalu tetapi saya tidak tandatangan pun perjanjian itu.

"Keutamaan saya bukan duit dan saya lebih selesa buat perkara yang saya minat sahaja bukan apa yang orang lain minat. Dengan penolakan tawaran itu mungkin ia beri rezeki pada orang lain pula," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Jep, dia kini sudah mampu hidup selesa bersama keluarga.

Jep berkata, dia tidak boleh untuk hidup dalam tekanan terutamanya apabila timbul terlalu banyak berita buruk yang mengaitkan dirinya.

"Hidup saya simple, saya selalu berada di kampung saya di Kulai (Johor) dan kalau ada kerja sahaja saya berada di Puchong, itu pun saya hanya berada di rumah sahaja.

"Kawan betul-betul rapat dengan saya pun tak ramai hanya Shuib dan Angah (Raja Lawak) sahaja, yang lain-lain itu hanya kawan biasa," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang gosip buruk yang dikatakan datang daripada kalangan orang industri, Jep meminta agar mereka bersabar.

Jelas Jep, sampai masanya dia akan berada di bawah tanpa perlu dijatuhkan dengan cara sebegitu.

"Kalau ada yang cemburu dan buat cerita buruk tentang saya, saya nasihatkan agar mereka bersabar. Hidup ini macam roda dan saya akan turun sendiri, tidak perlu jolok-jolok saya," katanya.  

Tags / Kata Kunci: Jep Sepahtu

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan