Dadah: Ezad Lazim Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 3:03 PM

Ezad dikenakan denda sebanyak RM3,500 dan pengawasan polis selama dua tahun selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dikenakan denda sebanyak RM3,500 dan pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahakamah Majistret Selayang dekat sini pada Selasa.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim ketika dihubungi mStar Online menerima hukuman tersebut dengan hati terbuka dan berharap akan menjadi pengajaran kepadanya.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan denda pun telah saya bayar di mahkamah dan pengawasan polis selama dua tahun saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.

Tags / Kata Kunci: Ezad Lazim.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan