Caliph Buskers Sangkal Mula Bersikap Sombong

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 12:32 AM

Calpih Buskers sangkal mereka mula memilih persembahan sejak memenangi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-29.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Caliph Buskers menyangkal dakwaan kononnya mereka mula bersikap sombong apabila memilih projek ditawarkan sejak muncul di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) bersama Mojo.

Vokalis utama kumpulan itu, Khairul Azmi Saat atau Azmi, 28, berkata, mereka masih sebuah kumpulan muzik jalanan seperti mana sebelum ini malah tetap menerima jemputan mengadakan persembahan di majlis perkahwinan.

"Kami masih seperti dahulu. Tiada apa yang berubah apatah lagi untuk bersikap memilih terhadap jemputan yang dibuat kepada kami.

"Selain persembahan jalanan dan jemputan beberapa acara hiburan kami masih menerima undangan persembahan di majlis perkahwinan dan tiada sebab mengapa kami perlu menolak," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Azmi berkata, dia berharap gosip berkenaan tidak membuatkan pihak yang ingin mengundang mereka mengadakan persembahan berasa takut kerana mereka tidak bersikap memilih.

 Caliph Buskers bersama Mojo memenangi Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu 29.

"Kami adalah kumpulan buskers dan mencari kekayaan bukan tujuan utama kami. Gosip sebelum ini diharap tidak akan membuatkan ada pihak berfikir dua kali untuk menjemput kami.

"Apa yang penting kami dapat menghiburkan masyarakat dengan muzik dan akan memberikan yang terbaik," ujarnya.

Sementara itu, Azmi berkata, dia tidak terkilan apabila ada cakap-cakap sedemikian terhadap Caliph Buskers kerana ia tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus mengejar cita-cita dalam bidang muzik.

Malah kata Azmi, sokongan yang diterima daripada peminat sudah cukup untuk mematahkan kata-kata negatif tersebut dan sentiasa mengenang jasa mereka yang banyak membantu sehingga ke tahap ini.

"Cerita berkenaan tidak melemahkan kami dan ia hanya perkara kecil. Pada yang mengenali kami mereka tahu itu bukan sikap Caliph Buskers.

"Kami bersyukur kerana ada penyokong dan peminat yang sentiasa mendoakan kebaikkan untuk kami dan itu membuatkan kami terus bersemangat untuk terus menghiburkan masyarakat," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Caliph Buskers.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan