Beego Bengang TNB Buat Salah Potong Bekalan Elektrik

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 4:59 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Beego pada Selasa berang apabila bekalan elektrik di rumahnya di Kondominium Sri Putra Mas, Jalan Kuching dekat sini telah dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain menuduh agensi pembekal tenaga itu sebagai “menipu duit rakyat”.

Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 35, dalam status Facebook miliknya kecewa apabila pihak TNB tidak mengaku kesalahan mereka dengan mengeluarkan bil yang salah sehingga ia mencecah RM557.

"Saya buat pembayaran akhir sebanyak RM250 dan ada membuat laporan bil saya melambung tinggi sampai RM557.

”Pada 6 Februari 2015 dua orang pegawai unit pemerikaan jangka telah datang memeriksa meter dan mereka mengesahkan bacaan bil pada bulan Januari adalah salah, iaitu kesilapan daripada pihak TNB,” katanya.

Beego turut memuat naik bil elektrik dan laporan mengenai kesilapaan bacaan meter di rumahnya.

Tambah Beego lagi  semasa membuat aduan menerusi talian khdimat pelanggan, dia diarahkan untuk membayar RM5 yang akan dimasukkan ke dalam bil terbaharu sebagai prosedur kerana pemeriksaan meter telah dilakukan.

Bagaimanapun kata Beego, dia kecewa pegawai yang membuat pemeriksaan meter dirumahnya tidak melaporkan mengenai kecuaian pihak TNB mengemukakan bacaan  yang salah sehingga diminta membayar bil dengan jumlah yang tinggi.

Kelemahan itu menyebabkan bekalan elektrik di rumahnya dipotong.

“Ini yang aku naik angin ni. TNB memang ada polisi melindungi pekerja yang buat salah ke atau makan je duit pengguna kalau dia orang tak perasan? Kalau kita bayar bil lambat apa dia buat? Potong?

“Kalau TNB buat  human error? Lindung sebab banyak untung? Tanpa pengetahuan rakyat,” luahnya.

Dalam status itu Beego berkata dia dijanjikan proses penyambungan bekalan akan dilakukan pihak TNB antara pukul 5 petang sehingga pukul 10 malam Selasa namun ia menyebabkan barang-barang didalam peti ais yang disimpan mungkin akan rosak.

”Barang-barang dalam peti ais semua ‘berair’. Aku nak ambil tindakan undang-undang kalau ianya boleh diadili,” luahnya lagi.
Tags / Kata Kunci: Beego

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan