Sepahtu Nafi Sengaja Bagi Laluan Mudah Kepada Zero

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 12:20 AM

Sepahtu kurang memberangsangkan pada persembahan kedua.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Sepahtu memberitahu mereka tidak pernah memberi laluan dan peluang kepada kumpulan-kumpulan lain untuk merangkul gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dengan mudah. 

Ahlinya, Shuib berkata, mereka tetap memberikan persembahan sehabis baik bagi memberi cabaran kepada pertandingan tersebut. 

"Kami buat persembahan sehabis baik dan tidak pernah ada niat buat sambil lewa dan beri laluan kepada kumpulan lain untuk menang. 

"Kemenangan Zero bukan kerana bantuan kami tetapi mereka sememangnya layak untuk mendapat gelaran tersebut," ujarnya. 

Shuib berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan mereka dilihat sengaja memberi laluan mudah kepada kumpulan Zero untuk memenangi pertandingan tersebut. 

Sepahtu dianggotai oleh Shuip dan Jep menduduki tempat kedua dalam pentas akhir MLM 2014 Jumaat lalu dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi sumbangan Astro. 

Jelasnya, persembahan kedua yang dikatakan kurang memberangsangkan itu juga disebabkan kekurangan idea yang baik untuk menarik perhatian juri dan penonton. 

"Walau pun kami memang mahu Zero menang tetapi tidak bermakna kami tidak bertarung dalam pertandingan itu. 

"Seperti setiap minggu juga kadang kala ada idea dan kadang-kadang tidak. Saya akui ada beberapa minggu yang kami langsung tiada idea untuk dipersembahkan. 

"Ada juga rasa sudah putus asa untuk meneruskan pertandingan ini, namun bila fikir balik perasaan penyokong kami yang tidak pernah penat membuatkan kami bersemangat," ujarnya. 

Sementara itu, ditanya tentang pelawak Ilya Buang yang menarik diri pada pertengahan pertandingan berlangsung, Shuib berkata, ia adalah masalah kesihatan yang teruk. 

Katanya, mereka sendiri tidak sampai hati untuk melihat pelawak itu bertarung dengan penyakitnya ketika persembahan berlangsung. 

"Dia ada kencing manis yang agak teruk dan ketika itu juga ada bisul sehingga membuatkan dia lemah. Kami tidak sampai hati melihat dia terlalu banyak bergerak dan memburukkan lagi kesihatannya. 

"Ada satu minggu itu, dia berlari untuk menyuntik insulin selepas persembahan berakhir. Ia memang membimbangkan kami," katanya

Tags / Kata Kunci: Sepahtu , MLM2014

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan