Rosyam Ajak Bantu Mangsa Banjir Dengan RM100

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 12:30 AM

Bintang utama filem 'Isyarat Cinta' iaitu; Fizo (dari kiri), Liyana Jasmay dan Adi Putra.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Datuk Rosyam Nor menyeru peminat dunia hiburan di negara ini agar terus menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dengan memperuntukkan RM100 bagi menonton tayangan amal perdana filem Isyarat Cinta pada 4 Mac depan.

Rosyam selaku produser bersama filem berkenaan berkata, dengan sumbangan itu, orang ramai bukan sahaja dapat menonton filem berkenaan secara eksklusif sebaliknya wang tersebut dapat dijadikan jariah untuk membantu mereka yang dilanda musibah.

“Saya benar-benar berharap agar semua pihak dapat menyokong usaha menjayakan tayangan amal ini kerana wang daripada kutipan itu dapat digunakan untuk tujuan-tujuan kebajikan.

“Bukan sahaja dapat menonton filem secara eksklusif bersama para artis tetapi mereka yang membuat sumbangan dapat juga beramal,” katanya kepada mStar Online.

Tayangan amal perdana filem Isyarat Cinta ini akan diadakan pada 4 Mac 2015 di Cathay e-Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor pukul 8.00 malam.

Ia adalah kerjasama antara syarikat produksi RK Screen dan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Datuk Rosyam Nor

Pelakon utamanya ialah Liyana Jasmay, Fizo Omar dan Adi Putra. Ia diarahkan oleh Bade Hj Azmi.

Filem ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 19 Mac 2015.

Dalam pada itu Rosyam berkata, pihaknya tidak akan mengambil satu sen pun hasil jualan tiket sebaliknya diserahkan kepada WHAM kerana sebahagiannya akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir serta rumah kebajikan terpilih.

Ujar Rosyam, walaupun keadaan banjir sudah pulih namun pada ketika ini mangsa-mangsa banjir masih lagi menderita dan sentiasa menantikan bantuan daripada orang ramai khususnya  mereka yang tinggal sehelai sepinggang berikutan rumah kediaman musnah dibawa arus.

“Kita jangan ingat mangsa-mangsa banjir tidak memerlukan apa-apa pertolongan lagi tetapi mereka masih mengharapkan bantuan berterusan daripada kita. Marilah kita sama-sama membantu dengan adanya program ini,” katanya.

Tambah Rosyam, beliau yakin Isyarat Cinta bakal mendapat sambutan hangat kerana jalan ceritanya yang menarik selain memaparkan sebuah kisah cinta luar biasa.

Dalam pada itu Rosyam berkata, orang ramai yang membeli tiket bagi menyaksikan tayangan ini akan diberi peluang untuk beramah mesra dengan pelakon-pelakon terlibat.

Malah satu sesi antara peminat dan juga artis akan turut dianjurkan pada majlis berkenaan.

“Program ini wajar mendapat sokongan orang ramai kerana ia dapat memperlihatkan kerjasama antara penggiat seni iaitu artis, wartawan hiburan dan penyokong dunia hiburan yang sama-sama memainkan peranan dalam usaha membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Selain tiket bernilai RM100, turut dijual tiket untuk tempat duduk khas iaitu RM300, RM500 dan RM1,000.

Isyarat Cinta, mengisahkan perasaan cinta pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Iskandar (lakonan Adi Putra)  yang cacat pendengaran dengan Dhia (Liyana Jasamy) yang buta.

Hubungan mereka terajalin ketika Iskadnar cuba menyelamatkan Dhia dalam satu kemalangan.  Ariel (Fizo Omar) bertindak sebagai orang tengah dalam menghubungkan kedua-dua mereka kerana masalah kecacatan yang mereka alami.

Namun, dalam masa yang sama Ariel turut mempunayi perasaan terhadap Dhiya yang akhirnya menimbulkan konflik selepas itu.

Untuk tempahan tiket dan sebarang pertanyaan mengenai tayangan amal ini bolehlah menghubungi 017-2429699 (Bohari) dan 012-2578884 (Amie)
Tags / Kata Kunci: Isyarat Cinta , Rosyam Nor

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan