Noh Salleh Bangga Lagu Hip Hop Semakin Dapat Tempat

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 12:30 AM

Noh Salleh

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Noh Salleh memberitahu dia turut gembira dengan perkembangan irama hip hop yang semakin mendapat tempat dalam pasaran muzik tanah air.

Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 31, berkata, dia juga bermula dengan kumpulan muzik genre hip hop sebelum menyertai kumpulan indie iaitu Hujan.

"Saya suka dengan perkembangan muzik sekarang yang memberi tempat untuk muzik muzik hip hop terutama dalam anugerah-anugerah yang mengiktiraf pemuzik tanah air.

"Saya pun masuk dalam industri dahulu dengan genre hip hop iaitu kumpulan MIX, kemudian rezeki banyak berpihak selepas menyertai kumpulan Hujan," ujarnya kepada mStar Online.

Noh berkata demikian ketika diminta pandangannya tentang perkembangan muzik hip hop, manakala aliran muzik daripada kumpulan indie yang dibawanya bersama Hujan kini dilihat semakin suram.

Jelas Noh, dia bukan perjuang muzik indie, malah sebagai artis dia juga perlu mengikut peredaran trend muzik semasa.

Katanya, single pertama nyanyian penyanyi baharu Asyraff Hardy berjudul yang diterbitkannya juga daripada genre hip hop.

"Itu adalah perkembangan atau trend pasaran dan sebagai pemuzik kita kena terima perkara itu. Projek terbaru saya ialah menerbitkan single pertama Asyraf Hardy iaitu lagu hip hop dengan loghat Sarawak berjudul Ngap Ajak.

"Ia bakal dilancarkan tidak lama lagi dan saya kini sibuk menyiapkan video klipnya yang dibuat di Kuching," ujarnya.

Noh berkata, dia turut berharap agar produk pertamanya itu diterima masyarakat termasuk di Semenanjung.

"Lagu itu dalam loghat Sarawak, tujuan asalnya memang untuk masyarakat di sana tetapi saya juga berharap ia diterima di sini juga," katanya

Tags / Kata Kunci: Noh Salleh

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan