Hasrat Hairi Safwan Berbulan Madu Di Mekah Tidak Kesampaian

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 12:31 AM

Hairi kini sedang menanti kelahiran anak pertamanya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Hairi Safwan mengakui terkilan apabila hasrat untuk menunaikan umrah sempena meraikan bulan madu perkahwinannya tidak kesampaian.

Hairi atau Mohd Hairi Safwan Aznan, 27, berkata, dia tidak mahu terlalu merancang dalam melakukan ibadah itu dan menyerahkan rezeki tersebut kepada takdir yang ditentukan Allah.

"Saya tidak mahu berharap lagi kalau ada rezeki saya untuk  ke sana buat ibadah itu, maka ada la.

"Pakej umrah yang saya uar-uar dahulu tidak dapat diteruskan pada tarikh yang ditetapkan iaitu hujung tahun 2014 kerana ada dua orang peserta bersalin.

"Selepas itu mereka tangguhkan pada bulan Januari ini tetapi dibatalkan juga atas sebab-sebab tertentu," ujarnya kepada mStar Online.

Hairi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan pakej umrah daripada sebuah agensi umrah dipromosikannya pada September tahun lalu.

Jelas Hairi, keadaan isterinya kini juga tidak mengizinkan kerana sedang sarat mengandung enam bulan anak pertama mereka.

"Kalau ada rezeki saya seorang sahaja la pergi umrah kerana isteri sedang mengandung atau mungkin selepas isteri saya bersalin sahaja nanti," ujarnya.

Sementara itu, Hairi turut berkongsi perasaan gembiranya bakal bergelar bapa yang dijangka pada awal Jun depan.

Katanya, sepanjang isterinya mengandung dia banyak memasak makanan kegemaran isterinya.

"Alhamdulillah sekarang sudah enam bulan isteri berbadan dua dan memang perasaan gembira nak menunggu kelahiran anak pertama ini.

"Sepanjang isteri saya mengandung ini saya banyak masak makanan kegemaran dia. Saya akan tanya dia setiap hari mahu makan apa untuk saya masakkan," ujarnya.

Hairi berkahwin dengan seorang guru Fara Afiza Azman pada 22 Mac 2013 di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tags / Kata Kunci: Hairi Safwan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan