Perbicaraan Kes Saman Penulis Novel 'Aku Bohsia' 19 Oktober

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 3:49 PM

rw4

Syamsul Yusof.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman seorang penulis novel terhadap pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, bapanya Yusof Haslam dan syarikat mereka berhubung dakwaan plagiat akan berlangsung lima hari mulai 19 Oktober.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya.

Elias Idris, 63, memfailkan saman terhadap Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Md Yusof, 31, bapanya, Md Yusof Md Aslam (Yusof Haslam), 61, dan syarikat Skop Production Sdn Bhd pada 24 November tahun lepas kerana didakwa meniru novel Elias itu dalam filem 'Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam' yang diterbitkan pada 2009.

Menerusi pernyataan tuntutannya, Elias, yang diwakili peguam M. Kumar, mendakwa beliau menulis novel itu pada 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita serta merupakan pemilik hak cipta terpelihara karya itu.

Beliau mendakwa terdapat banyak persamaan dari segi tema, plot, watak dan mesej dalam novel 'Aku Bohsia' dengan filem 'Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam'.

Elias juga mendakwa pihaknya telah menulis surat kepada kesemua defendan untuk memaklumkan bahawa hak cipta terpelihara beliau telah dilanggar dan menuntut ganti rugi, namun ia tidak diendahkan.

Berikutan itu, beliau memfailkan saman dan menuntut satu deklarasi bahawa kesemua defendan telah melanggar hak cipta terpelihara plaintif sebagai penulis asal, memohon injunksi untuk melarang defendan menyiarkan semula filem itu dan satu perintah ganti rugi serta faedah.

Sementara itu, menerusi pernyataan pembelaan dan tuntutan balas yang difailkan pihak defendan pada 5 Januari lepas, kesemua mereka menafikan persamaan yang didakwa oleh Elias serta menyatakan bahawa tidak pernah membaca, memiliki atau mendengar mengenai novel tersebut sebelum dan selepas selesai penggambaran filem.

Mereka turut mendakwa bahawa pertama kali memiliki novel itu pada 1 Disember tahun lalu dan daripada pembacaan dan pemahaman, terdapat perbezaan yang ketara daripada tema, plot dan lain-lain.

Dalam tuntutan balas defendan terhadap plaintif, ketiga-tiga defendan mendakwa bahawa plaintif telah menulis kata-kata fitnah di laman blog miliknya pada 16 November tahun lepas.

Defendan mendakwa perkataan fitnah itu ditulis untuk memalu dan menjatuhkan nama serta reputasi defendan dalam industri filem.

Berikutan itu, defendan menuntut satu injunksi menghalang plaintif atau pekerjanya memberi apa-apa kenyataan lisan atau bertulis kepada media yang merujuk kepada apa-apa peniruan atau persamaan antara novel dan filem terbabit.
 
Defendan turut menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi am, faedah dan kos.
Tags / Kata Kunci: Syamsul Yusof , Aku Bohsia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan