Respons Kenyataan Malique, Joe Flizzow Tiada Hasrat Hidupkan Too Phat

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 12:31 AM

Joe Flizzow

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi rap Joe Flizzow menjelaskan dia tidak berminat untuk menghidupkan kembali kumpulan Too Phat yang turut dianggotai oleh sahabatnya, Malique.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 37, berkata, dia tidak mahu melakukan sesuatu perkara secara terpaksa tambahan pula ia turut melibatkan pihak lain bagi menjayakan hasrat itu.

"Buat masa ini saya tidak berminat untuk hidupkan semula Too Phat kerana kumpulan itu melibatkan dua individu.

"Saya tidak boleh paksa pihak satu lagi (Malique) jika dia tidak mahu berbuat demikian kerana ia memerlukan komitmen dan perhatian penuh dan bukan sekadar untuk memuaskan hati orang lain," katanya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Apa Khabar itu ditemui pada rakaman program Muzik-Muzik 30 di Studio C, Sri Pentas Bandar Utama di sini pada Khamis.

mStar Default Image
Malique (kiri) bersama Joe Flizzow dalam kumpulan Too Phat suatu ketika dahulu.

Joe berkata demikian sebagai respons kenyataan Malique menerusi laman web syarikat rakaman miliknya, Qarma Musiq yang memberitahu tidak bercadang untuk menghidupkan semula kumpulan itu.

Malah Malique dalam kenyataan itu turut menegaskan dia tidak mahu dikaitkan atau menjawab mana-mana lagi berkaitan dirinya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Malique itu Joe berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara itu malah menerimanya dengan baik.

Tambah Joe juga mengakui tidak berhadapan dengan apa-apa masalah terhadap Malique walaupun mereka sudah tidak lama bertemu.

"Kalau itu yang dia katakan maka itulah dia," ujarnya ringkas.

Sementara itu, Joe berkata, buat masa ini dia sedang memberi fokus kepada penerbitan album dua artis dibawah naungannya iaitu SonaOne dan Illa Damila yang dijangka akan dipasarkan pada tahun ini.
Tags / Kata Kunci: Joe Flizzow , Too Phat , Malique

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan