"Bukan Mudah Jadi Hos Muzik-Muzik" - Fara Fauzana

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 12:30 AM

Fara Fauzana bergandingan bersama AG sebagai pengacara baharu Muzik-Muzik.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara Fara Fauzana tidak menganggap tugas baharunya sebagai hos program Muzik-Muzik 30 sebagai mudah biarpun mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam bidang pengacaraan.

Fara, 35, berkata, ini adalah kali pertama dia terlibat dalam program berbentuk muzik yang berbeza dengan rancangan yang pernah dikendalikan sebelum ini.

"Saya tidak menunggu lama untuk bersetuju kepada pihak produksi kerana saya memang tidak pernah menjadi hos program muzik.

"Biarpun ada pengalaman mengacarakan program televisyen lain sebelum ini tetapi itu bukan tiket untuk saya berasa selesa dan saya tetap berasa gementar," katanya kepada mStar Online.

Fara ditemui selepas selesai rakaman episod pertama musim terbahari program itu di Studio C, Sri Pentas Bandar Utama di sini pada Khamis.

Penyampai radio Hot FM itu menggantikan Scha Al Yahya manakala AG masih kekal sebagai hos bersama.

Muzik-Muzik 30 akan mula bersiaran pada setiap hari Sabtu bermula 7 Februari pukul 6 petang.

Fara Fauzana semakin manis bertudung.

Dalam pada itu, Fara berkata, dia bertuah kerana pengalamannya sebagai juruhebah radio banyak membantunya dalam mendapatkan informasi terkini selain lagu-lagu yang sedang popular.

Malah keserasiannya bersama AG dalam segmen AM Krew di Hot FM turut membantunya untuk tidak berasa kekok mengendalikan Muzik-Muzik 30.

"Saya sudah bekerjasama dengan AG untuk satu tempoh yang agak lama jadi keserasian itu sudah ada dan mengurangkan rasa gemuruh ketika di set," katanya.

Sementara itu, penerbit ekskutif Muzik-Muzik 30, Nurul Huda Khalid memberitahu pemilihan Fara adalah tepat dalam membawa program itu ke tahap lebih tinggi pada masa hadapan.

Jelasnya, pengetahuan luas wanita itu dalam bidang muzik adalah salah satu kriteria pemilihannya sebagai hos baharu program itu.

"Bukan mudah untuk mencari hos yang bukan sahaja bijak mengendalikan program tetapi luas ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang.

"Dalam hal ini Fara adalah paling sesuai memandangkan pengalamannya berkhidmat di stesen radio," ujarnya.

Tambah Nurul Huda, untuk musim terbaharu ini, selain mengekalkan format lama pihaknya juga turut membuat penambahan beberapa segmen antaranya 'Launching at Muzik-Muzik', 'Projek Muzik Hot FM dan 'Story of the Month'.

"Kepelbagaian segmen dalam program ini akan memberi kelainan kepada penonton dengan lebih informasi terkini tentang dunia muzik dalam dan antarabangsa," katanya.
Tags / Kata Kunci: Fara Fauzana , Muzik-Muzik

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan