Ezad Lazim Dituduh Reka Cerita Hidap Diabetes Mahu Sorok Isu Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 12:32 AM

Ezad Lazim. FOTO: Instagram milik Ezad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim terkilan apabila ada pihak menuduh dia sengaja mereka cerita kononnya menghidap diabetes  bagi menyembunyikan kisah di sebalik berat badannya susut akibat dadah.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 36,  berkata, tidak mempunyai sebarang sebab untuk dia mempermainkan soal kesihatannya namun mengakui dadah antara punca dia kehilangan berat badan.

"Saya tidak pernah menipu apabila memberitahu saya sakit dan badan saya kelihatan kurus kerana kesan penyakit diabetes sebaliknya kerana pengambilan dadah ketika itu.

"Sehingga kini saya masih mengambil ubat-ubatan bagi mengawal kandungan gula dalam darah," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu pada Khamis, Ezad mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat dihadapan Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahkamah Majistret Selayang di sini pada Khamis.

Ezad Lazim

Bagaimanapun Nurul Izzah menetapkan 10 Februari ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan tersebut.

Tambah Ezad, dia sebenarnya  menghidap diabetes sejak lima tahun lalu.

Dalam pada itu, Ezad berkata, dia pada awalnya mengambil bahan terlarang itu apabila ada pihak memberitahu ia mampu memulihkan penyakit kencing manis.

Ezad berkata, dia bersyukur penahanannya memberikan pengajaran terbesar sepanjang bergelar artis.

"Saya sedar tindakan tanpa berfikir panjang itu telah membawa padah kepada saya namun saya bersyukur ditahan kerana jika tidak mungkin saya hanyut terlalu jauh," ujarnya.

Sementara itu, Ezad berkata, biarpun kejadian itu telah mencalarkan namanya namun dia bersyukur masih mendapat sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan peminat.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Tags / Kata Kunci: Ezad Lazim , Exist

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan