Bade Terkilan Filem Aksi Terakhir Masih Terbengkalai

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 12:25 AM

Bade masih mencari produser untuk teruskan filem Sindiket.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Bade Haji Azmi terkilan apabila filem aksi terakhirnya berjudul Sindiket masih lagi terbengkalai sejak dilancarkan dua tahun lalu.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 48, berkata, pihaknya masih mencari penerbit untuk menyambung proses akhir filem aksi tersebut kepada peringkat tayangan.

"Filem itu merupakan filem comeback saya untuk genre aksi, namun sayangnya ia terhenti pada proses akhir apabila terdapat masalah di bahagian penerbitan.

"Sekarang saya masih mencari penerbit lain untuk menyambung proses filem tersebut supaya ia dapat ditayangkan," ujarnya kepada mStar Online.

Bade berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan filem aksi terakhirnya berjudul Sindiket yang dilancarkan dua tahun lalu.

Filem tersebut dibarisi oleh pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci.

Bade turut mengakui banyak kelainan yang cuba ditampilkan dalam filem Sindiket tersebut yang mampu memberi impak kepada industri filem tempatan.

"Memang rasa terkilan dan sayang kerana itu filem aksi saya selepas tujuh tahun tiada filem aksi, malangnya ada pula masalah lain timbul.

"Dalam filem itu banyak kelainan yang saya cuba tampilkan dan ia berbeza daripada filem-filem aksi sekarang," ujarnya.

Sementara itu, Bade berkata, cabaran utama untuk melakukan filem-filem aksi adalah berhadapan dengan bajet yang minima.

Jelasnya, kekurangan bajet yang diberikan mampu memberi risiko tinggi kepada pelakon dan kru produksi.

"Filem aksi susah sebab banyak yang perlu diberi perhatian. Tidak boleh ambil lewa dengan nyawa pelakon dan kru ketika penggambaran.

"Saya tidak rasa bangga kalau filem itu mendapat perhatian tetapi telah mengabaikan keselamatan pekerja," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Bade Hj Azmi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Kena Kacau Selepas Kerap 'Solek Hantu'

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan