Fadilah Mansor Banyak Persamaan Arwah Ibu - Khir Rahman

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 12:30 AM

Khir akui Fadilah dapat menganti tempat arwah ibunya dengan baik.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Khir Rahman menganggap kehadiran pelakon Fadilah Mansor sebagai ibu tirinya banyak mengisi kekosongan tempat arwah ibunya Datin Azizah Mohamad yang meninggal pada 26 April 2014.

Khir berkata, sifat keibuan dan beberapa kebolehan wanita itu ada mempunyai persamaan dengan Allahyarham Azizah.

"Alhamdulillah kehadiran dia melengkapkan semula keluarga kami terutama abah kini lebih terurus.

"Apa yang saya lihat ibu tiri saya itu mempunyai banyak persamaan dengan arwah ibu terutama dari segi sifat keibuannya dan kalau ibu saya pandai menyanyi dan menari dia pun boleh juga.

"Pendek kaga kehadiran dia mengisi semula kekosongan tempat yang ditinggalkan ibu saya," katanya kepada mStar Online.

Khir berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kehidupan keluarga mereka selepas bapanya Datuk A Rahman Hassan mendirikan rumah tangga bersama dramatis Fadilah Mansor pada 25 Disember 2014.

Fadilah dan A Rahman berkahwin pada Disember lalu.

Khir berkata, dia turut berasa lega kerana perkahwinan tersebut menghentikan usaha wanita-wanita lain yang cuba untuk mendekati bapanya.

Katanya, sejak menduda lebih empat orang wanita cuba menawan hati penyanyi veteran itu. "Perkahwinan abah juga menghancurkan hati beberapa wanita lain yang cuba mendekati dia.

Saya risau juga bila setiap kali sahaja balik rumah ada saja hadiah dan makanan yang diberikan oleh wanita-wanita berbeza.

"Walaupun sudah berumur ramai juga yang mahukan dia, tapi yang peliknya dalam ramai perempuan yang sukakan dia, hatinya terbuka untuk cuba mendekati Fadhilah," ujarnya.

Dalam pada itu, Khir berkata dia sentiasa berharap apa juga keputusan yang dibuat oleh bapanya itu adalah untuk kebahagian sekeluarga.

Jelasnya, sejak kematian ibunya lelaki itu sentiasa bersendirian dan tiada tempat mengadu.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan