Ozlyn Wati Berjaya Kurus Kerana Air Akar Kayu

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 12:32 AM

Ozlyn masih mengamalkan pengambilan air akar kayu biarpun telah selesai menjalani tempoh berpantang selama 44 hari.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ozlyn Wati yang juga isteri kepada Johan (Raja Lawak) memberitahu dia berjaya mengurangkan berat badannya ke bentuk asal iaitu 55 kilogram hanya dalam masa dua bulan selepas mengamalkan minum air akar kayu semasa berpantang.

Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 34, berkata, setiap hari dia akan mengambil segelas air herba itu pada waktu pagi dan masih mengamalkannya biarpun telah melepasi tempoh berpantang selama 44 hari.

Mula-mula memang rasa loya dan tidak tahan dengan baunya tetapi lama-lama sudah terbiasa dan Alhamdulillah berat badan turun dengan ketara.

"Alang-alang sudah terbiasa minum air akar kayu saya terus amalkan sehingga sekarang," katanya kepada mStar Online.

Ozlyn melahirkan anak keempatnya iaitu Nur Latifah Chantiq Hanania pada 25 November lalu.

Suami Ozlyn, Johan.

Dalam pada itu, Ozlyn berkata, selain berjaya mengurangkan berat badan, kebaikan mengamalkan pengambilan air akar kayu turut menghilangkan selulit yang terdapat pada badannya selepas bersalin.

Malah ia membantu proses penghadaman selain membuatkan dia lebih bertenaga dalam melakukan aktiviti seharian.

"Selepas bersalin, tanda bersalin dan selulit pada bahagian perut sangat teruk tetapi sekarang ia sudah tiada dan kembali kepada keadaan asal," ujarnya.

Sementara itu, Ozlyn berkata, dia masih belum bersedia untuk kembali aktif dalam bidang seni memandangkan tanggungjawab sebagai ibu kepada empat cahaya mata semakin berat.

Bagaimanapun dia akan menerima undangan lakonan sekiranya ia tidak melibatkan waktu penggambaran yang terlalu panjang.

"Rindu tu memang rindu tetapi keluarga dan anak-anak harus diutamakan. Insya-Allah kalau anak-anak sudah besar sikit nanti boleh aktif kembali," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ozlyn , Johan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan