Tempoh Edah Hampir Tamat, Zain (Ruffedge) Usaha Rujuk Bekas Isteri

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 12:32 PM

Zain (Ruffage) masih tinggal bersama isteri dalam tempoh edah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Zain Ruffedge memberitahu dia kini masih lagi dalam usaha untuk memperbaiki hubungannya dengan bekasi isteri yang berpisah sejak November lalu.

Zain atau nama sebenarnya, Mohd Kamaruzaman Zain Abdul Hamid, 36, berkata, mereka masih lagi tinggal bersama dalam tempoh edah yang berbaki dua minggu sahaja lagi.

"Isya-Allah saya minta doakan kami untuk kembali rujuk dan buat masa ini kami masih lagi tinggal bersama. Sebelum tempoh edah habis lagi dua minggu saya tak berani untuk cakap apa-apa.

"Mungkin orang lain bercerai terus membawa haluan masing-masing, tetapi bagi saya tempoh edah adalah masa terbaik untuk kita perbaiki hubungan," katanya kepada mStar Online.

Gambar kenangan ketika hari perkahwinan mereka pada 8 Ogos 2008.

Zain ditemui selepas tayangan media filem terbaharu terbitan syarikatnya berjudul Bangunan yang diadakan di GSC Nu Sentral, di sini, malam Khamis.

Zain dan Khazmira Anuar bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 13 November tahun lalu.

Tempoh edah bagi pasangan bercerai ialah kira-kira tiga bulan.

Dalam pada itu jelas Zain, hubungan rumah tangga mereka bermasalah sejak awal tahun 2014 dan sudah menjalani beberapa kali sesi kaunseling.

Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak dapat diselamatkan hingga meraka membuat keputusan secara baik untuk berpisah pada 13 November lalu.

"Kami bercerai mengikut prosedur yang betul dan ia mengambil masa agak panjang iaitu pada April kami beberapa kali cuba meminta nasihat dan kaunseling.

"Selepas itu pada 13 November barulah kami mengambil keputusan untuk berpisah secara baik," ujarnya.

Zain mengakui emosinya agak terganggu terutama selepas lima hari berpisah kerana bapanya pula meninggal dunia.

Dalam pada itu, berkaitan penjagaan anaknya Arriana Rania, 6, masih lagi belum dibincangkan secara terperinci.

"Sekarang dia pun tidak tahu kami sudah berpisah dan kami belum berbincang tentang penjagaan anak sebab masih lagi tinggal bersama.

"Kalau tiada jodoh habis tempoh dua minggu ini saya terpaksa keluar daripada rumah itu dan biar bekas isteri dan anak tinggal di situ," ujarnya.

Sementara itu, Zain berkata, dia turut meminta nasihat daripada rakan baiknya Sein Ruffedge yang pernah mengalami pengalaman bercerai dan rujuk semula pada tahun 2011.

Katanya, Sein banyak memberi kata-kata semangat dan nasihat sepanjang berhadapan dengan keadaan tersebut.

"Ketika saya tertekan Sein banyak memberi nasihat dari segi mental untuk berhadapan situasi itu kerana dia ada pengalaman seperti saya lalu ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Zain Ruffadge

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan