Ibu Tidak Paksa Lisa Surihani Amal Petua Tradisional Mengandung

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 12:31 AM

Lisa kini sedang hamil anak pertamanya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon Lisa Surihani iaitu Siti Amira Ahmad tidak akan memaksa anaknya untuk mengikuti sebarang petua atau amalan tradisional sejak mengetahui wanita berkenaan hamil.

Siti Amira bagaimanapun berkata, dia sentiasa menasihati Lisa, 29, agar bersederhana dalam apa juga tindakannya terutama pada peringkat awal kandungan.

"Saya memang seorang 'old school' tetapi amat terbuka dalam perkara berkaitan seperti ini dan tidaklah terlalu taksub dengan pelbagai amalan dan petua sehingga memberi tekanan kepada Lisa.

"Lisa seorang wanita yang aktif dalam aktiviti sehariannya dan saya sentiasa menasihatinya agar lebih berhati-hati dalam pergerakan selain bersederhana dalam pemakanan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Suami Lisa, Yusry Abdul Halim, 41, mengesahkan isterinya sedang berbadan dua ketika ditanya oleh wartawan pada sidang media pelancaran filem terbaharunya Cicakman 3 pada malam Rabu lalu.

Bagaimanapun pasangan berkenaan mengelak untuk berkongsi dengan lebih terperinci mengenai perkembangan baik itu kerana menghormati amalan orang tua-tua agar tidak menghebohkan perkara itu pada awal usia kandungan.

Lisa dan Yusry gembira dengan perkembangan terbahru mengenai zuriat.

Lisa dan Yusry akan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga pada 23 Februari depan.

Dalam pada itu, Siti Amira berkata, dia mengetahui mengenai berita gembira itu kira-kira tiga minggu lalu dan ia dimaklumkan sendiri oleh Lisa dan Yusry.

"Alhamdulillah akhirnya doa mereka dimakbulkan Allah dan biarpun masyarakat sebelum ini sering bertanya mengenai perkara itu tetapi ini semua ada perancangan daripada-Nya.

"Sudah tentu saya gembira apabila Lisa memaklumkan dia kini sedang hamil selain teruja untuk menyambut kehadiran cucu kedua dalam keluarga kami," katanya.

Tambahnya lagi, dia bersetuju dengan tindakan pasangan suami isteri itu untuk tidak terlalu mendedahkan pelbagai maklumat mengenai kandungan tersebut kerana ia masih diperingkat awal.

"Apa yang saya ingin minta adalah doakan kesihatannya agar dapat melahirkan bayinya dengan selamat nanti," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lisa Surihani , Yusry

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan