Status Permohonan Maaf Zamani Dapat Lebih 1,700 'Likes"

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 2:41 PM

Zamani (kanan) dan peguamnya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lebih 1,700 peminat Zamani menunjukkan tanda sokongan dengan memberi ‘likes’ pada laman Instagram rasmi miliknya pada Isnin selepas penyanyi itu menulis coretan terbaharu iaitu memohon maaf atas kesilapan yang telah dia lakukan.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 44, dalam catatanya beserta foto terbaharu yang dimuat naik pada Sabtu lalu selepas dibebaskan dengan jaminan polis turut memohon agar peminat mendoakan suapaya dia berubah meninggalkan najis dadah.

Antara kata-katanya iaitu: “Assalammualaikum semua. Sudah sekian lama juga kita tak bersua di Fanpage ini. Syukur kepada Allah S.W.T kerana saya telah pun dibebaskan atas jaminan polis pagi ini (Sabtu lalu).

”Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua sekiranya kes penahanan saya ini telah menggores atau melukakan hati semua pihak.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas sokongan yang tidak berbelah bagi kepada saya sepanjang tempoh penahanan saya. Saya amat terharu sekali.

"Akhir sekali harapan saya ialah anda semua dapat terus menyokong dan mendoakan saya supaya dapat berubah demi untuk kebaikan semua. Saya amat memerlukan sokongan anda semua. Ikhlas dari saya, Zamani Ibrahim," tulisnya.

Status Instagram Zamani yang dimuat naik pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu lebih 472 komen yang ditinggalkan peminat menrusi posting berkenaan kebanyakannya memberi doa dan perangsang agar Zamani pulih daripada  najis dadah.

Ada juga peminat yang menasihatinya supaya kembali kepada jalan Allah agar terus mendapat ramat dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah.

Pada Sabtu lalu Zamani buat pertama kalinya bertemu pihak media di pejabat peguamnya Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahanan reman hari yang sama.

Dalam sidang media itu Zamani turut menohon maaf terhadap kesilapannya dan terharu dengan sokongan peminat walaupun dia ditahan akibat dadah.

Zamani juga telah memaafkan indivdiu yang telah merakam dan menyebarkan gambarnya disuruh menyanyi lagu Gerimis Mengundang dengan tangan bergari.

Zamani  dan teman wanitanya telah ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi 21 Januari lalu.

Serbuan pada pukul 12.30 malam dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang yang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian tersebar rakaman video Zamani menyanyikan lagu Gerimis Mengundang yang dirakamkan anggota polis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.


Pihak polis bagaimanapun telah mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota terlibat melakukan perbuatan itu. 
Tags / Kata Kunci: Zamani

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan