Persembahan Hafiz Suip Di Hard Rock Cafe Dapat Sambutan Hangat

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 1:24 PM

Hafiz Suip memberi persembahan bertenaga kepada para peminatnya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip terharu dengan sambutan peminat yang hadir memberi sokongan kepada dia dan rakan-rakannya pada malam Showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe, di sini malam Ahad.

Hafiz, 25, berkata, dia tidak menjangkakan ramai peminat hadir berikutan persembahan itu dilakukan secara berbayar.

"Saya sangat bersyukur dan tidak sangka sambutan sangat baik hari ini dan masih ramai yang menyokong industri seni tanah air biar pun ianya berbayar.

"Pada awalnya saya memang agak bimbang dan tertanya-tanya ada atau tidak orang yang akan hadir nanti kerana bukan senang untuk tarik peminat datang menyaksikan persembahan dengan bayaran yang agak mahal ini," ujarnya kepada mStar Online.

mStar Default Image
Ternyata Hafiz Suip mempunyai ramai peminat.

Hafiz ditemui selepas selesai persembahan Showcase Hafiz & Friends yang berlangsung di Hard Rock Kuala Lumpur, di sini, malam Ahad.

Kira-kria 1,000 penonton menyaksikan persembahan itu. Tiket menyaksikannya dikenakan sebanayak RM70.

Showcase tersebut turut menampilkan Akim Ahmad dan Hazama.

Sementara itu, Hazama berkata, reaksi yang diberikan penonton membuatkan mereka lebih bertenaga dan bersemangat di atas pentas.

"Penonton beri respons yang sangat bagus sehingga membuatkan kami tidak rasa penat. Malah showcase yang sepatutnya sehingga pukul 11 malam berlarutan hingga 11.30 malam kerana ada sahaja lagu yang diminta.

"Saya harap dengan sambutan menggalakkan ini showcase jelajah seperti ini akan disambung lagi untuk masa akan datang," ujarnya.

Persembahan malam itu dibuka oleh penyanyi undangan mereka iaitu Firman AF 2014, Faizul Sany dan Aril Pilus dengan menyanyikan sebuah lagu popular masing-masing.

Kemunculan Akim bersama ahli kumpulannya The Majestret yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat mendapat sorakkan dan tepukan gemuruh.


mStar Default Image
Persembahan Hazama juga tidak menghampakan.

Malah penonton turut bersama-sama menyanyi lagu popular yang disampaikan Akim iaitu Inilah Cinta, Mewangi dan Potret.

Kemudian diikuti kemunculan Hafiz dengan nyanyian lagu-lagu hitnya iaitu Ku Akui, Hanya Ingin Kau Cinta dan Matahari juga mendapat reaksi positif peminat yang hadir.

Giliran Hazama yang bijak berinteraksi dengan penonton sehingga membuatkan penoton tidak kering gusi melihat gelagatnya di pentas.

Hazama menyanyikan lagu popularnya Penglipurlara, Malaikat dan Relakan Jiwa.

Tags / Kata Kunci: Hafiz Suip , Akim Ahmad , Hazama

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan