Sari Yanti Tolak Tawaran Cerita Hantu

Diterbitkan: Ahad, 25 Januari 2015 12:25 AM

Sari Yanti juga tidak mahu membawa watak remaja sekolah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sari Yanti memberitahu dia tidak memberi keutamaan terhadap tawaran drama bergenre seram yang memerlukannya untuk berlakon pada lewat malam.

Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari , 31, berkata, ia berikutan kebanyakkan penggambaran untuk drama seram dilakukan pada waktu malam sahaja.

"Saya tidak beri keutamaan pada drama seram, kalau boleh memang saya elakkan kerana tidak selesa dengan waktu penggambarannya.

"Cerita hantu selalunya penggambaran dilakukan pada waktu malam dan tahulah kalau malam sudah tentu badan rasa lesu dan penat, lagi pun saya tidak suka berlakon untuk menakut-nakutkan orang," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sari berkata, dia juga menolak tawaran drama yang memerlukan dia menjadi pelajar sekolah.

Katanya, ia berikutan usianya membuatkan dia agak sukar untuk menjiwai watak remaja sekolah.

"Biasanya kalau tawaran datang saya akan pertimbangkan dulu sama ada ianya sesuai atau tidak dengan saya.

"Kalau tidak sesuai seperti watak untuk remaja sekolah saya akan tolak kerana bagi saya ramai pelakon baru yang boleh bawa watak itu.

"Lagi pun usia saya sudah tua untuk menjiwai watak remaja begitu dan ia akan jadi tidak gembira bila dalam penggambaran itu nanti," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Sari Yanti

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan