Fizo Omar Rendah Diri Dapat Peluang Berlakon 'Isyarat Cinta'

Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 12:30 AM

Fizo akan kembali aktif berlakon.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar mengakui berasa rendah diri ketika diberi peluang untuk bergandingan dengan pelakon-pelakon ternama seperti Adi Putra dan Liyana Jasmay dalam filem terbaharu berjudul Isyarat Cinta.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, dia cekalkan hati untuk terus bersaingan biarpun menyedari dirinya bukan bertaraf bintang filem untuk berlakon disamping nama-nama besar dalam industri.

"Sebenarnya saya sudah lama tidak berlakon filem dan saya rasa kecil bila dapat diletakkan sebaris dengan nama-nama popular seperti Adi Putra dan Liyana Jasmay dalam filem Isyarat Cinta ini.

"Walaupun sudah tujuh tahun dalam industri, saya akui branding nama saya tidak sekuat pelakon yang bertaraf bintang filem.

"Filem-filem yang saya lakonkan sebelum ini pun tidak popular dan hanya watak-watak kecil sahaja. Saya harap filem Isyarat Cinta ini dapat memberi rezeki kepada saya untuk sebaris dengan bintang filem lain," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fizo berkata, dia terharu dengan penerbit filem tersebut iaitu Datuk Rosyam Nor yang memuji lakonan mantapnya dalam menghidupkan jalan cerita itu.

mStar Default Image
Fizo (kiri) bersama Liyana Jasmay dan Adi Putra dalam Isyarat Cinta.

Katanya, Rosyam ada menghantar mesej secara peribadi memuji lakonan yang diberikan dalam filem itu.

"Saya belum tengok sepenuhnya lagi filem ini tetapi abang Rosyam ada mesej saya memuji lakonan saya dalam filem itu.

"Ketika itu memang rasa terharu sangat dapat pujian begitu itu daripada seorang pelakon dan penerbit yang sangat saya kagumi," ujarnya.

Sementara itu, Fizo berkata, tahun 2015 ini merupakan tahun untuk dia kembali aktif dalam dunia hiburan.

Dia mengambil keputusan untuk aktif selepas melihat perniagaan Hot Burger yang diusahakan setahun lalu kini semakin stabil.

"Insya-Allah tahun ini saya akan kembali aktif semula dalam industri selepas tahun lalu saya agak memerlahankan kerjaya kerana fokus kepada perniagaan.

"Perniagaan Hot Burger kini sudah ada lebih seratus outlet dan semakin stabil," ujarnya.

Filem Isyarat Cinta bakal ditayangkan diseluruh pawagam tanah air pada 19 Mac depan.

Bagaimanapun satu tayangan amal perdana bagi membantu mangsa-mangsa banjir akan diadakan pada 4 Mac depan di Cathay e-Curve Damansara di sini anjuran bersama Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Selain jualan meja untuk korporat, tiket-tiket untuk orang awam bagi tujuan amal itu turut disediakan iaitu RM100, RM300, RM500 dan RM1,000.

Individu yang berminat untuk menonton sambil menderma bolehlah menghubungi atau hantarkan mesej kepada nombor 017-3813563

Tags / Kata Kunci: Fizo Omar

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan