Bapa Kesal Iqbal (Ceria Popstar) Luah Perasaan Di Laman Sosial

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 12:31 AM

Iqbal kecewa tidak dapat sertai program Astro.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bapa kepada Iqbal (Ceria Popstar) iaitu Omar Baqi mengakui tindakan anaknya meluahkan rasa kecewa terhadap pihak stesen televisyen Astro di laman sosial merupakan sesuatu yang tidak wajar.

Omar berkata, Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Iqnada, 16, terlalu mengikut emosi dan darah muda yang boleh mengeruhkan hubungan mereka dengan pihak stesen televisyen tersebut.

"Saya sudah beberapa kali nasihatkan dia agar tidak menulis apa-apa di laman sosial ketika dalam keadaan marah yang boleh mengundang perkara tidak diingini.

"Saya baru diberitahu tentang kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram tentang kekecewaannya terhadap satu program dan sekarang saya mahu dia buang status itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Kenyataan yang dimuat naik Iqbal malam Rabu.

Omar diminta mengulas tentang status anaknya, naib juara program Ceria Popstar musim kedua yang meluahkan rasa kecewa apabila penglibatannya dalam sebuah program terbitan Astro dibatalkan.

Dalam status itu, Iqbal berkata tidak mahu terlibat dalam apa-apa juga acara yang dianjurkan pihak televisyen tersebut lagi pada masa akan datang.

Sementara itu, bapanya mengakui pihak Astro sudah memaklumkan tentang pembatalan itu kepadanya terlebih dahulu.

"Saya sudah diberitahu tentang pembatalan itu oleh pihak Astro atas sebab-sebab tertentu cuma dia rasa agak kecewa apabila tidak dapat terlibat sama.

"Mungkin dia terlalu emosi dan mengikut darah muda, tetapi saya tidak mahu perkara itu akan mengeruhkan hubungan kami dengan Astro," ujarnya.

Omar berkata, dia akan lebih memantau dan menasihatkan anaknya agar tidak terlalu mengikutkan perasaan dalam menulis sesuatu di khalayak yang boleh mencetuskan kontroversi.

Tags / Kata Kunci: Iqbal Ceria Popstar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan