Artis Kecam Anggota Polis Rakam, Sebar Video Zamani (Slam)

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 6:03 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Para artis mengecam pihak polis khususnya individu yang merakam dan menyebarkan video penyanyi Zamani dipaksa menyanyi ketika ditahan bagi membantu siasatan kes dadah.

Satu hashtag yang dikenali #BantahTindakanPolisKpdZamani telah diperkenalkan dilaman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagi meluahkan rasa ketidakpuasan hati akibat penyebaran video itu selain menganggap perbuatan berkenaan adalah biadab.

Antara artis yang meninggalkan pesanan dalam hastag berkenaan ialah Tomok sambil mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji akan mengambil tindakan tegas kepada pihak terbabit.

Pelakon Sharifah Sahora dalam hastag yang sama turut menegur polis yang disifatkannya mungkin telah kemaruk apabila menangkap seorang artis dan kemudian menyuruhnya menyanyi.

Sila Klik: POLIS SELANGOR SUDAH KENAL PASTI ANGGOTA RAKAM, SEBAR VIDEO ZAMANI

Turut sama melahirakan kekesalan mereka antaranya Datuk Aznil Nawawi, Haiza, Elfira Loy dan Taufik Batisah.

Terdahulu media meloporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.

Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Akibat penyebran video itu, Khalid Ibrahim berjanji untuk mengambil tindakan terhadap idividu terlibat merakam dan menyebarkan video itu.


 

 

 

Tags / Kata Kunci: Zamani

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan