Bade Masih Belajar Berlaku Adil Selepas Berpoligami

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2015 12:34 AM

Bade bersama isteri keduanya, Aida Abdul. Mereka berkahwin pada awal tahun 2014.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Bade Hj Azmi memberitahu tanggungjawabnya sebagai suami bertambah besar selepas menjadi ketua kepada dua buah keluarga selepas membuat keputusan berpoligami.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 48, berkata, dia kini dalam proses belajar untuk berlaku adil dalam menguruskan kedua-dua buah keluarga itu.

"Tanggungjawab saya kini lebih besar kerana perlu berlaku adil kepada dua buah rumah. Ia bukan mudah untuk beri kedua-dua keluarga sama rata.

"Sekarang saya sibuk ke arah untuk cuba memberi ahli keluarga faham dan menerima antara satu sama lain," ujarnya pada majlis sidang media tayangan amal filem Isyarat Cinta, di Menara TSH, Damansara di sini pada Selasa.

Bade yang juga suami kepada pengarah Erma Fatima berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kehidupan rumah tangganya selepas berkahwin dengan wanita bernama Aida Abdul awal tahun 2014.

Hasil perkahwinan tersebut Bade dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lebih sebulan dan diberi nama Jihad.

Bade berkahwin dengan Erma Fatima pada 30 November 1990 dan mereka membesarkan lima orang anak angkat.

Bade bersama Erma, isteri pertamanya.

Dalam pada itu, Bade berkata, dia tidak pernah memaksa kedua-dua keluarga tersebut untuk berbaik-baik.

Malah, dia percaya hubungan tersebut akan terjalin dengan ikhlas hati tanpa sebarang paksaan.

"Saya tidak paksa mereka untuk bermesra-mesra kerana bagi saya hubungan itu akan lahir sendiri tanpa perlu paksaan.

"Sekarang saya bagi masa kepada mereka untuk mengenali terlebih dahulu. Buat masa ini saya sudah melihat perkembangan positif terutama antara kedua-dua isteri saya.

"Tentang anak-anak itu tiada masalah kerana lima orang anak saya itu sudah besar dan faham, malah mereka turut menerima adik yang baru lahir ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Bade berkata dia masih menjaga hati perasaan kedua-dua keluarga tersebut terutama dalam keterbukaan di laman sosial.

Katanya, masih ada sifat cemburu anak-anaknya apabila dia memuat naik gambar keluarga baharu.

"Anak-anak saya sudah mula terima dan faham cuma saya tidak boleh terlalu banyak memuat naik gambar adik dia sebab nanti anak yang lain cemburu," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang keterujaan menerima cahaya mata baharu pada 13 Disember lalu, Bade berkata, dia tidak terlalu gembira sebaliknya bersyukur dengan rezeki tersebut.

"Saya sudah tua untuk menunjukkan rasa gembira yang terlalu sangat ketika mendapat cahaya mata baru.

"Apa-apa pun ia tidak bermakna saya tidak menghargainya, sebaliknya saya bersyukur dengar rezeki yang Allah berikan pada usia ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Bade Hj Azmi

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan