Awie Mahu Bersedekah Derma Organ

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2015 12:32 AM

Awie

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi rock Awie berjanji untuk mendermakan segala organ pada badannya kepada mana-mana pihak yang memerlukan apabila dia meninggal dunia kelak.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, langkah menderma organ adalah satu perbuatan mulia kerana ia merupakan amal jariah yang besar maknanya.

”Saya merasakan menderma organ itu amat baik kerana ia benar-benar dapat membantu mereka yang memerlukan organ,” katanya seperti dipetik The Star pada Rabu.

Terdahulu pada Isnin lalu Awie meluahkan keinginannya untuk menderma organ pada program derma darah dan organ anjuran Politeknik Kota Bahru, Kelantan.

Program itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Mohd Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Dalam pada itu tambah Awie, mendermakan organ selepas seseorang itu meninggal dunia seperti melakukan sedekah.

”Pada saya, apabila meninggal dunia, badan kita akan dimakan bumi manakala roh akan pergi ke alam lain. Kita tidak boleh buat apa-apa dah apabila mati. Jadi, lebih baik organ kita diberikan kepada orang lain sebagai sedekah,” katanya.

Awie meminta agar lebih ramai individu melakukan amalan berkenaan kerana ia dapat membantu banyak pihak yang menderita.

Sesiapa yang berhasrat menderkan organ masing-masing bolehlah melayari www.dermaorgan.gov.my atau www.facebook.com/dermaorgan

 

 

 

 

Tags / Kata Kunci: Awie , Derma Organ

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan