Lisa Surihani Buat Pemerhatian Untuk Bawa Watak Wanita Hamil

Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 12:32 AM

Lisa Surihani buat pemerhatian terhadap wanita hamil untuk dalmai watak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani memberitahu cara dia mendalami watak wanita mengandung dalam filem Suamiku Mr Perfect 10 adalah melalui pemerhatian terhadap saudara dan rakan-rakan yang melalui perkara itu.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 29, berkata, dia mencampurkan semua pemerhatian terhadap ibu mengandung yang berada disekelilingnya bagi melakonkan watak tersebut dengan berkesan.

"Saya tidak pernah mengandung sebelum ini jadi agak sukar untuk membawakan watak tersebut.

"Tetapi saya cuba membuat pemerhatian dan bertanya pengalaman tersebut daripada saudara serta rakan terdekat yang melalui pengalaman itu," ujarnya kepada mStar Online.

Lisa bakal bergandingan dengan aktor Aaron Aziz dalam filem yang bakal ditayangkan bermula 22 Januari ini.

Bercakap tentang lakonan mantap dan keserasian kedua-dua mereka menghidupkan lagi watak dan jalan cerita, Lisa berkata, dia juga terkejut dengan perkara itu.

Katanya, komitmen dan tahap profesional kedua-dua mereka membuatkan watak tersebut dapat dibawa dengan baik.

"Saya tidak sangka dan terkejut juga bila ramai yang beritahu kami sangat serasi dan bersahaja dalam filem ini.

"Sebelum ini kami hanya bergandingan dalam Ombak Rindu tetapi dalam beberapa babak sahaja.

"Bagi saya, apa yang penting ialah komitmen dan kerja yang kita buat itu perlu ikhlas," katanya.

Filem Suamiku Mr Perfect 10 bakal ditayangkan diseluruh negara bermula pada 22 Januari ini.
Tags / Kata Kunci: Lisa Surihani

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan