Aaron Aziz Tak Baca Novel Adaptasi Filem Elak Rasa Keliru

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 12:31 AM

Aaron Aziz serasi dengan Lisa Surihani.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz memberitahu tidak membaca novel-novel yang diadaptasi kepada filem atau drama lakonannya berikutan tidak mahu timbul rasa keliru terhadap jalan ceritanya.

Aaron, 39, berkata, dia lebih mudah  membaca skrip sahaja dan menerima penerangan daripada pengarah tentang watak yang mahu dilakonkannya.

"Saya baca skrip sahaja kerana saya tidak mahu mengelirukan diri saya dengan jalan cerita keseluruhan novel tersebut terutama apabila ia sudah diubah dan disesuaikan sebagai sebuah filem atau drama.

"Oleh itu, saya lebih mudah membaca skrip dan menerima penerangan pengarah tentang visi mereka terhadap karekter yang mereka mahu saya lakonkan," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Aaron, sehingga kini dia sudah berlakon dalam enam buah drama dan filem adaptasi termasuk filem terbaharu berjudul Suamiku Encik Perfect 10 yang bakal ditayangkan pada 22 Januari ini.

Bagaimanapun, Aaron berkata, ia terpulang kepada keselesaan pelakon untuk menghayati watak yang ada dalam novel tersebut.

"Pada saya ia bergantung pada pelakon itu sendiri sama ada lebih senang membaca novel atau membaca skrip," katanya.

Dalam pada itu, bercerita lakonannya dalam filem Suamiku Encik Perfect 10, Aaron memberitahu tidak sukar untuk menghidupkan watak Zarief kerana karakter itu tidak banyak beza dengan watak dalam filem dan drama percintaan yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Katanya, hubungan akrab sebagai rakan dan sahabat dengan pelakon Lisa Surihani di luar set penggambaran membuatkan keserasian tersebut mudah untuk dicapai.

"Ini kali pertama saya bergandingan dengan Lisa Surihani, sebelum ini dalam filem Ombak Rindu hanya beberapa babak sahaja.

"Namun keserasian yang timbul kerana pada awal cerita ini ialah perhubungan mereka bukan sebagai pasangan kekasih sebaliknya persahabatan.

"Keakraban itu sama seperti dalam kehidupan sebenar yang memudahkan lagi keserasian kami," ujarnya.

Filem ini yang turut membariskan pelakon terkenal Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Raja Ilya dan Jehan Miskin.

Terdahulu pada Selasa lalu, Aaron terpaska mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerana mengalami sakit pada bahagian leher selepas pratonton filem berkenaan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan