Raja Ilya Larang Ibu Tonton Watak Anak Derhaka Lakonannya

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 12:31 AM

Raja Ilya tidak mahu ibu terasa lakonan wataknya jadi anak derhaka.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Raja Ilya tidak membenarkan ibunya menonton lakonan dia membawa watak jahat  terutamanya untuk adegan berkaitan anak derhaka.

Raja Ilya, 30, berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu ibunya terasa hati apabila melihat lakonan tersebut.

"Jika saya berlakon watak jahat terutama adegan yang melibatkan ibu dan anak, saya akan beritahu awal-awal tentang drama itu dan tidak membenarkannya menonton.

"Baru-baru ini disiarkan drama untuk Tanah Kubur yang mana watak saya sebagai anak derhaka mendera ibu. 

“Saya beritahu dia awal-awal agar tidak merakam dan tonton drama itu kerana ia boleh menganggu emosi dan menyebabkan ibu saya itu terasa," ujarnya kepada mStar Online.

Raja Ilya berkata, ibunya merupakan peminat setia yang tidak pernah gagal menonton lakonannya dalam setiap drama atau filem.

Bagaimanapun, dia tidak mahu watak-watak sedemikian akan melukakan hati ibunya.

"Dia tidak pernah halang saya bawa watak jahat cuma drama yang berkaitan ibu sahaja saya tidak mahu dia tonton kerana ianya agak sensitif," ujar Raja Ilya.

Sementara itu, Raja Ilya mengakui, sejak namanya popular dengan watak-watak jahat, dia sering menerima tawaran bagi melakonkan peranan itu.

Malah dia turut menanam impian untuk berkahwin dengan mana-mana individu yang tidak mengenalinya sebagai seorang pelakon

"Saya baru terfikir tentang itu, mungkin saya akan berkahwin dengan lelaki bangsa asing dari luar negara yang tidak tahu tentang lakonan saya," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan