Syarikat Pengurusan Artis Urus Kerjaya Ummi Nazeera

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 2:16 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ummi Nazeera mengambil pendekatan untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan artis dalam usaha mengembalikan kerjaya seninya yang dilihat malap.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 24, berkata, langkah itu adalah perlu agar azamnya untuk melihat kecemerlangan seninya pada tahun ini tercapai.

“Sebelum ini saya belajar (di Australia) mungkin masa untuk belakon itu terhad dan sebab itu kerjasa seni saya dilihat tidak bergerak dengan sempurna.

”Insya-Allah, pada tahun 2015 ini saya berhasrat untuk berkeja keras dalam usaha mengangkat semula nama saya dalam bidang lakonan,” ujarnya kepada mStar Online.

Ummi berkata, dia bakal menandatangani kontrak pengursan artis bersama syarikat Uprising Entertainment Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan jadual, mendapatkan peluang lakonan serta urusan-ursan lain berkaitan seni.

Ditanya tidakkan dia bimbang mungkin timbul masalah seperti Zizan Razak dengan syarikat Wire Fame sehingga membabitkan pihak mahkamah, Ummi berkata, apa-apa pun dia perlu melihat kepada kontrak yang bakal ditandatangani.

Katanya, tidak salah untuk memberi kepercayaan kepada mana-mana syarikat pengurusan asalkan kedua-dua pihak dapat bekerjasama dengan baik.

”Buat masa iuni saya masih dalam perbincangan dengan sayrikat pengurusan berkenaan dan berkemungkinan saya akan tandatangani kontrak untuk tempoh tertentu dahulu,” katanya.

Dalam pada itu pihak Uprising Entertainment Sdn Bhd berkata, selain  Ummi Nezeera artis lain yang berada di bawah syarikat berkenaan ialah Keith Foo, Juliana Evans, Kaka Azraff, Johan As’ari serta bintang baharu iaitu Nazrief Nazri, Hafreez Adam dan Raja Syahiran.
Tags / Kata Kunci: Ummi Nazeera

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan