Artis Gabung Jayakan #DermaKilat2 Bantu Mangsa Banjir

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 12:30 AM

Loque turut mengadakan persembahan pada acara #DermaKilat2.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kira-kira sepuluh orang artis  bakal bergabung untuk menjayakan persembahan pada persembahan #DermaKilat2 bagi mengutip derma untuk disalurkan kepada mangsa banjir yang melanda beberapa buah negeri pada Disember lalu.

Vokalis kumpulan Monoloque iaitu  Khairil Ridzwan Annwar atau Loque, 38, berkata, mereka terpanggil untuk mengadakan persembahan tersebut kerana menyedari mangs-mangsa bencana itu memerlukan bantuan untuk memulakan kehidupan baharu terutamanya pada peringkat pasca bencana.

"Mungkin banjir sudah surut tetapi bukan mudah untuk mereka memulakan semula kehidupan apabila ramai diantara mereka kini tidak mempunyai apa-apa lagi.

"Atas dasar itu kami ingin mengadakan persembahan ini untuk mengutip derma agar dapat disalurkan kepada mangsa bagi membolehkan mereka bangkit semula untuk meneruskan kehidupan seharian selepas dilanda musibah.

Penyanyi Ramli Sarip turut memeriahkan persembahan #DermaKilat2.

"Biarpun tidak banyak yang dapat kami bantu namun dengan bakat yang ada Insya-Allah hasrat itu akan terlaksana," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Persembahan #DermaKilat2 itu akan diadakan di Tingkat 4, Menara TM, Bangsar dekat sini bermula pukul 3 petang hingga 10 malam pada Sabtu ini.

Antara artis yang bakal mengadakan persembahan ialah Datuk Ramli Sarip, Aizat Amdan, Monoloque, Pita Hati, Saalam Muzik, Amir Jahari dan Altimet.

Bayaran menyaksikan persembahan ialah RM25 yang boleh didapati di pintu atau menghubungi e-mel: dermakilat@monoloque.com untuk maklumat berkaitan.

Dalam pada itu, Loque memberitahu, dia terharu dengan sokongan diberikan oleh rakan-rakan artis lain dalam projek berkenaan yang memasuki tahun kedua penganjuran.

#DermaKilat2 akan diadakan di Tingkat 4, Menara TM pada Sabtu ini.

Katanya, semua yang terlibat sangat teruja dengan persembahan berkenaan dan tidak mengenakan sebarang bayaran demi membantu golongan tidak bernasib baik.

Sementara itu, Loque berkata, pihaknya tidak menyasarkan sebarang jumlah kutipan derma pada hari itu nanti namun yakin dengan keperihatinan masyarakat Malaysia.

Jelasnya lagi, semua hasil kutipan pada hari itu nanti akan diserahkan kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia atau MERCY Malaysia untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

"Kami yakin Mercy Malaysia akan menggunakan wang kutipan itu nanti untuk membantu mangsa terlibat dan berharap ia sedikit sebanyak dapat meringkan beban mereka pada saat sukar seperti ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: #DermaKilat2 , Loque , Ramli Sarip.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan