Hubungan Masih Baru, Adib & Izara Belum Sedia Kahwin

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 12:32 AM

Izara dan Adib masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios iaitu Adib Khalid menjelaskan dia dan aktres Izara Aishah tidak pernah menyentuh soal perkahwinan buat masa ini.

Adib atau nama sebenarnya Muhammad Adib Khalid, 25, berkata, masih terlalu awal untuk mereka berbincang mengenai hal berkenaan memandangkan hubungan cinta itu masih lagi dalam peringkat awal.

"Tidak... kami berdua tidak pernah bercakap atau menyentuh soal perkahwinan atau perancangan ke arah tersebut kerana masih terlalu awal untuk berbuat demikian.

"Tambahan pula kami masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing selain tidak mahu terburu-buru dan tumpuan kami buat masa ini adalah kepada kerjaya masing-masing," katanya kepada mStar Online.

Adib yang juga anak anak kepada ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) ditemui pada majlis sambutan hari jadi penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di Hotel Ritz Carlton dekat sini pada malam Ahad lalu.

Dalam pada itu, Adib berkata, dia tidak berasa tertekan apabila hubungan cinta mereka mendapat perhatian peminat namun lebih selesa kisah tersebut tidak dikongsi dengan orang lain.

Izara Aishah.

Kata Adib, dia sedar Izara adalah seorang selebriti yang sentiasa menjadi perhatian namun mereka cuba untuk tidak terlalu menonjolkan hubungan itu di khalayak.

"Saya cuba untuk tidak terlalu mendedahkan mengenai hubungan kami kerana inginkan privasi.

"Menyedari status Izara seorang selebriti saya perlu bersikap terbuka namun pada masa sama tidak terlalu banyak bercerita mengenai hubungan kami," katanya.

Tambah Adib, dia menyenangi Izara kerana mereka mempunyai banyak persamaan terutamanya dari segi hobi dan pemilihan makanan.

"Selain persamaan yang ada pada kami dia juga seorang yang sangat merendah diri selain pandai membawa diri dalam pergaulan," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan Tune Studios, Adib berkata, pihaknya bakal memperkenalkan beberapa artis baharu dan lama yang bakal bernaung bawah syarikat tersebut.

Malah kata Adib, pihaknya merancang untuk membawa beberapa artis popular antarabangsa untuk mengadakan persembahan di negara ini.

"Insya-Allah dalam masa terdekat kami akan umumkan barisan artis baharu dan single mereka selain mengatur persembahan artis antarabangsa," ujarnya. 

Tags / Kata Kunci: Adib Khalid , Izara Aishah.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan