Pelakon Riezman, Isteri Cerai Talak Satu

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 5:00 PM

Riezman (kiri) dan Kartina

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Selepas timbulnya desas-desus keretakan rumah tangga pelakon Riezman Khuzaimi dengan isterinya Kartina Ayoob, hubungan mereka akhirnya bernokhtah selepas kedua-duanya bercerai talak satu.

Lafaz cerai dilakukan oleh Riezman atau nama sebenarnya Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 45, di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Saiful Azli Jamaluddin di sini pada Selasa.

Riezman memberitahu mahkamah, perceraian itu terpaksa dilakukan kerana mereka sudah tidak mempunyai persefahaman lagi.

Terdahulu, Riezman kelihatan sebak ketika melafazkan cerai.

Pelakon itu bagaimanapun enggan ditemuramah oleh wartawan dan terus meninggalkan mahkamah selepas lafaz cerai dibuat.

Riezman dan Kartina, 46, berkahwin pada 24 Februari 2001 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Afiq Kiraman, 12, dan Ruzain Nars, 7.

Kartina turut mempunyai seorang anak iaitu Tatiana Batrisya, 20, hasil perkahwinan terdahulunya. 

Tags / Kata Kunci: Riezman

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan