Kieran Sertai Sinar FM Bermula Sabtu Ini

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 12:30 AM

Kieran sewaktu bertugas sebagai deejay Hot FM.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persoalan kehilangan bekas deejay Hot FM iaitu Kieran yang meninggalkan stesen radio itu bulan lalu terjawab apabila dia mengesahkan untuk menyertai Sinar FM bermula Sabtu ini.

Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran, 40, berkata, dia menerima tawaran itu sebagai deejay sambilan sahaja dan hanya keudara pada setiap hujung minggu sahaja.

"Saya akan bekerja secara sambilan si Sinar FM bermula minggu ini, mereka memang tawarkan untuk buat fulltime tetapi saya tidak bersedia lagi.

"Namun saya berhenti Hot FM bukan sebab tawaran lumayan Sinar FM, sebaliknya mereka buat tawaran selepas memgetahui saya sudah berhenti dari Hot FM," ujarnya kepada mStar Online.

Kieran ditemui selepas selesai mengacarakan sidang media pelancaran Showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe, di sini, Isnin.

Dalam pada itu, menurut Kieran keputusan untuk berhenti daripada stesen radio Hot FM sudah difikirkan sejak awal tahun 2014 lagi.

Dia menarik diri selepas menyedari usianya sudah tidak sesuai untuk mengendalikan stesen radio tersebut yang lebih menyasarkan pendengar daripada golongan muda.

"Saya sudah fikir perkara ini sejak awal tahun 2014 kerana usia sudah lanjut dan tidak sesuai untuk berada dengan Hot FM. Sebelum mereka buang, baik saya berhenti sendiri.

"Saya nak beri peluang pada penyampai baru dan stesen radio itu untuk cari pembaharuan mereka dengan suara-suara baru.

"Selain itu, saya sudah ada perancangan untuk mencari sumber pendapatan lain iaitu mengusahakan perniagaan makanan sejuk beku, Kieran Food Products yang mula beroperasi pada Oktober tahun lalu," ujarnya.

Selain itu dia juga sedang mengintai peluang dan mencuba nasib untuk menjadi pengulas sukan di Astro Arena atau mana-mana stesen televisyen yang berminat.

Kieran berkata, minat yang mendalam terhadap bidang sukan membuatkannya ingin lebih serius dalam bidang pengacara dan pengulas sukan.

"Saya sekarang tidak terikat dengan mana-mana stesen, jadi saya mencari peluang untuk jadi pengulas sukan di Astro Arena atau RTM," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kieran , Sinar FM

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan