"Saya Tidak Tahu Siapa Penyanyi Dimaksudkan" - Amar Baharin

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 12:32 AM

Amar menjelaskan dia tidak mengetahui siapakah gerangan penyanyi wanita yang dikaitkan dengannya. Foto Ihsan Instagram Amar Baharin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Amar Baharin menyangkal dakwaan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad kononnya dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang penyanyi yang sudah lama menyepi daripada industri.

Amar, 30, berkata, dia berasa pelik dengan gosip berkenaan kerana dia sendiri tidak mengetahui penyanyi yang dimaksudkan dalam artikel berkenaan.

"Saya tidak dapat memberi jawapan kepada soalan itu kerana saya sendiri tidak mengetahui siapakah penyanyi yang dimaksudkan.

"Tetapi apa yang penting saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana penyanyi," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Dalam pada itu, Amar berkata, kesan daripada gosip berkenaan dia mendapat banyak pertanyaan termasuk daripada ahli keluarganya yang ingin mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu.

Tambah Amar lagi, dia terkilan apabila isu itu tidak ditanya terus kepadanya untuk mendapatkan kepastian sebelum ia diterbitkan.

"Saya tiada masalah sekiranya ada wartawan ingin menulis artikel mengenai saya malah berterima kasih tetapi dalam hal sebegini rasanya lebih baik ia datang daripada mulut saya sendiri.

Amar terpaksa menjawab pertanyaan daripada keluarganya.

"Apabila artikel sebegini keluar bagi saya ia tidak menghormati artis dan saya sendiri tidak tahu bagaimana ingin menjawab terutama pertanyaan daripada keluarga," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai persahabatan dengan Izreen yang dikatakan renggang, Amar menjelaskan mereka kini kembali dengan kehidupan masing-masing seperti mana sebelum terlibat dalam drama bersiri Kerana Terpakssa Aku Relakan (KTAR).

Kata Amar, dia tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu isu kerana mereka mempunyai kehidupan sendiri tambahan drama berkenaan juga sudah selesai ditayangkan.

"Apabila kami dilihat rapat dikatakan bercinta dan sekarang dikatakan putus pula. Hakikatnya kami hanya kawan dan sekarang masing-masing buat hal sendiri.

"Orang mempersoalkan tentang hubungan kami mungkin impak daripada drama tersebut dan harap tiada lagi isu mengenai kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amar berkata, dia bakal memasuki set penggambaran drama berdiri Mr London Mrs Langkawi disamping pelakon Zul Ariffin dan Izara Aishah.

Tags / Kata Kunci: Amar Baharin.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan