'Dunia Tersembunyi' Papar Kisah Etnik Di Pulau Keenam Terbesar Dunia

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 12:30 AM

Dunia tersembunyi memaparkan kisah mengenai masyarakat di Sumatera, Indonesia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dunia Tersembunyi iaitu sebuah rancangan berbentuk majalah dan dokumentari yang pertama kali disiarkan pada 2012 kini kembali dengan musim kedua.

Menurut penerbit program berkenaan, Mohd Raziff Zukafli, Dunia Tersembunyi masih mengekalkan konsep travelog selain menjuruskan kepada kepelbagaian kehidupan etnik di Sumatera, Indonesia iaitu pulau keenam terbesar di dunia.

"Keunikan dan keistimewaan budaya dan tradisi di Sumatera turut membuka ruang untuk mengenali sosio-ekonomi mereka selain ia sebenarnya sebuah destinasi pelancongan yang menarik.

Dunia Tersembunyi disiarkan setiap hari Jumaat pada pukul 11 malam di TV3.

Dunia tersembunyi disiarkan pada setiap hari Jumaat pukul 11 malam di TV3.

Untuk rekod, Dunia Tersembunyi pernah merangkul beberapa anugerah seperti Dokumentari Terbaik – Anugerah PROFIMA dan Dokumentari dan Majalah Terbaik – Anugerah Skrin.

Jelas Raziff, diantara keistimewaan yang didedahkan mengenai Sumatera dalam program itu adalah mengenai pemilikan identiti dan perlambanganlah sebagai bukti nyata kewujudan sesuatu bangsa dan disanjung sejak berzaman.

"Komuniti peribumi yang tinggal di kawasan terpencil seperti Kepulauan Mentawai di Sumatera sangat menarik untuk dikupas. Malah, identiti yang dimiliki mereka dilapor antara khazanah tertua di dunia," katanya.

Malah produksi turut mengupas mengenai penghijrahan kumpulan melayu proto ke bahagian kepulauan di barat Sumatera sekitar 1500 tahun sebelum Masihi selain kisah disebalik titi Mentawai dan pelbagai kisah menarik mengenai Sumatera.

Tags / Kata Kunci: Dunia Tersembunyi.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan