Awie 'Tipu' JPN, Pernikahan Belum Tentu Sah - Rozana Misbun

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 12:37 AM

Gambar fail Rozana (tengah) ketika hadir ke mahkamah syariah Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rozana Misbun berkata, pernikahannya dengan Awie yang berlangsung di Selatan Thailand pada 2005 belum tentu sah sehinggalah perkara itu diputuskan oleh  pihak mahkamah.

Rozana, 37, berkata, kecurigaan itu timbul kerana kegagalan Awie sebagai seorang suami untuk mematuhi undang-undang syariah di negara ini apabila dia gagal mengesahkan perkahwinan berkenaan selepas mereka bernikah.

“Menurut nasihat peguam, perkahwinan kami belum tentu sah kerana hanya mahkamah sahaja yang boleh memutuskannya.

“Semuanya bergantung kepada dokumen yang seharusnya Awie berikan kepada pihak mahkamah bagi membuktikan perkahwinan kami itu tetapi dia lebih suka mencari jalan pintas untuk mendapatkan sijil nikah palsu,” katanya kepada mStar Online.

Rozana, 37, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Awie dalam mStar Online pada Khamis kononnya dia menjadi penyebab mereka mendapat sijil nikah palsu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, mendakwa ditipu oleh ejen perkahwinan ketika diminta menguruskan sijil berkenaan selepas dia dan Rozana bernikah pada 20 Jun 2005 di Songkhla, Thailand.

Malah Awie mendakwa Rozana turut menghalangnya mendaftarkan pernikahan kerana bimbang perkahwinan rahsia mereka diketahui keluarga sementara Awie juga khuatir isterinya pada ketika itu, Arni Nazira mengetahui hal berkenaan.

Terdahulu, bekas Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran Undang-Undag Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Yusoff Abu Bakar pada Selasa lalu memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan bahawa dokumen pernikahan pasangan berkenaan adalah palsu.

mStar Default Image
Awie

Tambah Rozana, selepas rahsia sijil nikah palsu itu terbongkar, Awie cuba untuk meraih simpati masyarakat  menggunakan media agar orang di luar sana menyokongnya.

Katanya, disebabkan sijil nikah palsu itu, Awie juga telah membuat satu kesalahan besar iaitu menipu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) agar mendorong mereka mengeluarkan sijil kelahiran untuk tiga anak hasil perkahwinan mereka.

“Masyarakat tidak boleh kata pernikahan kami ini sah kerana mahkamah tidak mengesahkannya lebih-lebih lagi berlaku banyak penipuan bagi pernikahan di Thailand,” katanya.

Menurut Rozana lagi, dia secara seorang diri tidak boleh mendaftarkan pernikahan berkenaan kerana tidak pernah mendapat salinan surat nikah dari Thailand sehinggalah dia bertindak ke Pejabat Agama Islam di Pulau Pinang untuk memeriksa status pernikahan itu.

Katanya, Awie memberi macam-macam alasan untuk tidak mendaftarkan perkahwinan mereka walaupun sudah banyak kali dia memintanya berbuat demikian kerana bimbang timbul masalah di kemudian hari.

Rozana menambah, pada awal perkahwinan memang mereka merancang untuk menyembunyikan hubungan masing-masing kerana ketika itu Awie masih lagi menjadi suami kepada penyanyi Arni Nazira semenatara dia pula bimbang dimarahi keluarga.

Namun selepas setahun berkahwin dan Awie pula bercerai dengan Arni, kebimbangan berkenaan sudah tidak timbul lagi apabila keluarga merestuinya.

Tetapi sayangya, Awie tidak melakukan tugasnya untuk mendaftarkan perkahwinan tanpa alasan yang munasabah sehinggalah kecuaian berkenaan didedahkan dalam mahkamah.

Mengenai tuduhan Awie, dia seorang ibu yang tidak bertanggungawjab kerana gagal menjenguk anak-anak sejak keluar rumah, Rozana berkata, dia tidak boleh berbuat demikian kerana bimbang dipukul Awie.

Katanya, keputusan dia melarikan diri dari rumah sebelum ini akibat dipukul sehingga kejadian itu menjadi kes polis dan dia juga telah mendapat perlindungan daripada pihak mahkamah majistret.

Malah usahanya untuk bercakap dengan anak-anak juga seringkali gagal dengan macam-macam sebab selain hanya diberikan masa dua jam untuk bertemu mereka iaitu pada hari Sabtu minggu pertama dan ketiga itu pun di rumah sewa Awie di Ukay Perdana, Hulu Klang dekat sini.

“Pasal anak-anak, saya cuba berhubung tetapi gagal dan masa yang diberi pula hanya dua jam untuk berjumpa mereka. Itupun saya perlu maklumkan kepadanya dahulu dan dia sentiasa sibuk untuk dihubungi,” katanya yang mendapat ex-parte daripada mahkamah terhadap peluang bertemu anak-anak.

Menurut Rozana lagi, berdasarkan kenyataan Awie  tidak terlintas menceraikannya adalah disebabkan Awie tiada pilihan berbuat demikian kerana sijil nikah yang disimpannya adalah palsu dan dia bimbang hal berkenaan terbongkar.

Dalam perkembangan sama Rozana memberi amaran kepada Awie agar tidak menimbulkan macam-macam tuduhan lain tanpa bukti yang sah termasuklah kononnya dia seorang isteri yang curang.

“Saya nak tekankan di sini, jangan buat sebarang tuduhan tanpa bukti kerana saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Kalau saya curang, buktikan sahaja di mahkamah. Jangan sampai tuduhan demi tuduhan itu memakan diri sendiri,” ujar Rozana.

Awie dan Rozana berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu mereka memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki,7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.


Tags / Kata Kunci: Awie , Rozana Misbun

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan