Che Ta Jelaskan Percutian Anak Ke Maldives, Tak Halang Kahwin Awal

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 2:18 PM

Majlis Akikah Anak Che Ta Dan Zain

  • 1 of 7
  • AKIKAH 1

    Rozita memangku anaknya Aaisyah Dhia Rana pada majlis akikah bayi berkenaan yang berusia dua bulan pada majlis akikah di Hotel Royale Bintang, Petaling Jaya Selangor pada 7 Januari 2015.

  • AKIKAH 2

    Zain Saidin dan Rozita Che Wan bersama anak mereka, Aaisyah Dhia Rana pada majlis akikah bayi berkenaan yang berusia dua bulan pada majlis akikah di Hotel Royale Bintang, Petaling Jaya Selangor pada 7 Januari 2015.

  • AKIKAH 3

    Majlis akikah anak Zain Saidin dan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang berusia dua bulan di Hotel Royale Bintang, Petaling Jaya Selangor pada 7 Januari 2015.

  • AKIKAH 4

    Meriah majlis akikah anak Zain Saidin dan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang berusia dua bulan di Hotel Royale Bintang, Petaling Jaya, Selangor pada 7 Januari 2015.

  • AKIKAH 5

    Majlis akikah anak Zain Saidin dan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang berusia dua bulan di Hotel Royale Bintang, Petaling Jaya, Selangor pada 7 Januari 2015. Turut kelihatan kakak Zain iaitu penyanyi Sasha (Elite)

  • AKIKAH 6

    Penyanyi Ziana Zain turut menghadiri majlis akikah anak Zain Saidin dan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang berusia dua bulan di Hotel Royale Bintang, Petaling Jaya, Selangor pada 7 Januari 2015.

  • AKIKAH 7

    Meriah majlis akikah anak Zain Saidin dan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang berusia dua bulan di Hotel Royale Bintang, Petaling Jaya, Selangor pada 7 Januari 2015.

x
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menjelaskan anak sulungnya iaitu Ammar Effendy, 19, ke pulau peranginan tercantik dunia iaitu Maldives pada Disember lalu adalah mengikuti percutian bersama keluarga kekasihnya.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 42, berkata, dia mengenali rapat keluarga kekasih anaknya itu dan membenarkan Ammar untuk mengikuti percutian tersebut.

"Saya tahu dia (Ammar) ada kekasih dan saya tahu mereka pergi bercuti di Maldives bersama. Mereka bukan pergi berdua tetapi bersama keluarga sebelah perempuan itu.

"Saya izinkan kerana saya memang mengenali dan baik dengan mereka," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis akikah dan kesyukuran anaknya bersama Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana, di Hotel Royale Bintang, di sini, malam Rabu.

Gambar yang dimuat naik oleh Ammar menjadi isu dengan meletakkan kapsyen 'Maldives With Love'.


Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu anak lelakinya Ammar Effendy yang memuat naik gambar-gambar percutiannya bersama kekasih di Maldives di laman Instagram miliknya pada Disember 2014.

Sementara itu, Rozita berkata, dia tidak mempunyai halangan jika anaknya akan berkahwin dalam usia yang muda.

Katanya, perkara tersebut bukan sesuatu yang salah seperti mana yang pernah dilakukannya dahulu.

"Kalau sudah sampai jodoh untuk dia berkahwin pada usia muda saya tiada halangan. Saya pun dahulu kahwin muda pada usia 20 tahun," katanya.

Dalam pada itu, ditanya tentang tindakannya yang sering memberi kemewahan kepada anak-anaknya, Rozita berkata, dia tidak mahu anak-anak melalui apa yang pernah dilaluinya dahulu.

Malah dia juga sudah menyediakan persiapan untuk ketiga-tiga anaknya untuk kemudahan masa depan mereka.

"Saya tidak mahu anak-anak saya lalui apa yang saya rasa dahulu. Dahulu kalau ingin sesuatu terpaksa menunggu lama.

"Kalau boleh selagi saya mampu saya akan beri kepada mereka dan saya juga sudah sediakan simpanan, pelaburan dan rumah untuk kesenangan mereka," ujarnya.

Selain Ammar Effendy dan Aaisyah Dhia Rana, Rozita turut mempunyai  seorang lagi anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Aniq Ezzra, 17.

Tambah Rozita, dia juga sudah membuka akaun pelaburan kepada bayi perempuannya Aaisyah yang kini berusia dua bulan.

Jelasnya, segala hasil pendapatan bayi tersebut sebagai duta produk atau program akan dimasukkan terus ke dalam akaun tersebut untuk masa depannya.

"Aaisyah pun saya sudah buka akaun untuk duit dia sebagai duta produk. Duit pertama dia ialah program Pureen Cak Cak Che Ta & Zain  yang disiarkan lapan episod di Astro sejak dia dalam kandungan itu.

"Sekarang dia baru saja dipilih sebagai duta untuk produk pakaian Mothercare," ujarnya.


Dalam pada itu, Rozita berkata, dia masih belum merancang untuk kembali berlakon kerana tidak sampai hati untuk meninggalkan bayi tersebut. 

Dia juga memberi tempoh sehingga bayi tersebut memasuki usia enam bulan untuk ditinggalkan kepada penjaga.

"Sekarang tidak sampai hati nak tinggalkan dia lagi, tunggulah enam bulan nanti macam mana. Buat masa ini saya tolak tawaran berlakon kerana badan saya pun masih besar lagi.

"Kalau ingin berlakon pun saya hanya berlakon untuk produksi saya sendiri sahaja buat masa ini," katanya.

Dalam pada itu, mengenai majlis akikah dan kesyukuran yang diadakan ia diraikan dengan meriah bersama kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada daripada kalangan keluarga dan rakan artis.

Majlis bermula pada pukul 9 malam dengan diiringi dengan bacaan selawat dan zikir daripada Persatuan Anak Warisan.

Pasangan itu kemudiannya muncul dengan puteri mereka mengayakan pakaian berwarna merah jambu rekaan Rizman Ruzaini dan Jakel.

Sementara pelamin indah tempat buaian Aaisyah ditaja oleh Man Kajang.

Pada majlis itu, pasangan ini mambawa dan memperkenalkan Aaisyah kepada semua tetamu yang hadir.

Majlis ini turut disiarkan secara langsung menerusi rancangan Pureen Cak Cak Che Ta & Zain di Astro Ria (104).

Antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut ialah Ziana Zain, Sasha Saidin, Azza (Elite), Dafi, Adeline Tsen, Ryzal Jaafar dan Natasha Hudson.
Tags / Kata Kunci: Rozita Che Wan , Aaisyah Dhia Rana

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan