Awie Dedah Ditipu Ejen Punca Dapat Sijil Nikah Palsu

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 9:02 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mendedahkan isterinya, Rozana Misbun pernah menghalangnya mendaftarkan pernikahan mereka yang dilakukan di Selatan Thailand sekitar tahun 2005 kerana enggan perkahwinan rahsia itu diketahui oleh keluarganya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, disebabkan itu juga dia terpaksa memilih untuk mendaftarkan pernikahan itu menggunakan ejen supaya perkahwinan berkenaan tidak dapat dihidu oleh orang lain termasuk isteri pertamanya ketika itu, artis Arni Nazira.

"Pada awal perkahwinan dahulu saya ingin buat pengesahan dan mendaftarkan pernikahan kami di negara ini tetapi dia halang kerana bimbang berita berkenaan akan diketahui umum sekali gus sampai kepada pengetahuan keluarganya.

"Saya pula ketika itu tidak boleh pergi ke pejabat agama untuk menguruskan hal berkenaan bagi mengelak ia diketahui orang lain dan sebab itu saya guna ejen menguruskan pendaftaran nikah kami ketika itu.

"Saya yakin surat nikah itu sah kerana sepanjang sembilan tahun berkahwin tidak pernah ada masalah termasuk untuk mendapatkan sijil kelahiran tiga anak kami," katanya kepada mStar Online sebagai mengulas mengenai sijil palsu berkenaan.

Gambar kenangan Awie bersama isterinya, Rozana (dua dari kanan) dan anak-anak mereka.

Awie ditemui selepas selesai persembahan Tahajjud Cinta  Sirah Rasullullah di Istana Budaya pada malam Rabu.

Teater itu adalah arahan Erma Fatima yang dipentaskan sejak 3 Januari lalu.

Tambah Awie, Rozana, 37, juga pernah minta supaya diceraikan selepas berita perkahwinan rahsia mereka terbongkar di Internet yang turut menimbulkan kekecohan kepada rumah tangganya bersama penyanyi Arni Nazira ketika itu.

Dalam pada itu, Awie berkata, tuduhan seolah-olah dia sengaja tidak mahu mendaftarkan perkahwinan mereka menerusi saluran betul adalah salah kerana dia benar-benar tidak menyedari ditipu oleh ejen tersebut.

Malah proses pendaftaran sijil kelahiran dan dokumentasi lain yang memerlukan sijil nikah tidak pernah menjadi masalah sebelum ini.

"Saya sendiri tertipu dengan ejen berkenaan dan kalau tahu sejak awal ia palsu buat apa saya bersanding dengannya dan malah kami ada tiga orang anak! Saya tidak sejahil itu.

"Jika saya tahu ia palsu percayalah saya akan lakukan sesuatu untuk perbetulkan keadaan kerana ini bukan soal yang ringan," katanya.

Dedah Awie lagi, sebelum ini dia sendiri telah ke Jabatan Agama Islam Pulau Pinang untuk membuat semakan tentang status sijil nikah mereka pada bulan lalu.

"Sepatutnya isu ini dia boleh datang kepada saya berbincang dan bukannya dengan cara mendedahkan semua keburukan sehingga kesannya pada anak-anak.

"Perbuatannya itu cukup mengaibkan tiga anak kami yang masih kecil dan apa yang orang akan kata mengenai mereka?" soalnya.

mStar Default Image
Rozana menunjukkan gambar anaknya semasa membuat pendedahan kepada mStar Online sebelum ini sebagai meluahkan rasa rindu kepada mereka. Bagaimanapun Rozana mendakwa dia tidak dapat berjumpa anak-anaknya atas faktor keselamatan.

Tambah Awie lagi, sepanjang kekecohan tentang rumah tangga mereka dia tidak pernah membangkitkan soal perceraian dan Rozana memilih untuk merumitkan keadaan.

"Apa yang saya tuntut adalah hak saya sebagai suami dan tiga anak kami yang dia abaikan tetapi dia memilih untuk merumitkan keadaan.

"Saya sendiri tidak tahu apa niatnya yang sebenar tetapi saya tidak akan berdiam diri demi hak anak-anak saya," tegasnya.

Sementara itu, Awie mendedahkan Rozana sengaja meraih simpati di laman Facebook apabila memberitahu rindukan tiga anak mereka sedangkan sepanjang enam bulan lalu dia tidak pernah sekali pun datang melawat atau menghubungi anak-anak mereka untuk bertanya khabar.

"Rintihannya di dalam Facebook kononnya rindukan anak-anak adalah palsu dan sekadar mahu meraih belas kasihan masyarakat semata-mata.

"Sejak dia tinggalkan rumah… sekali pun dia tidak pernah datang mahupun menelefon anak-anak untuk bertanya khabar. Ibu jenis apa dia itu?" soal Awie lagi.

Tambahnya Rozana sebelum itu pernah menghilangkan diri selama beberapa minggu dipercayai mengikut seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasihnya sebelum kembali untuk meminta diceraikan.

"Orang tuduh saya seorang yang baran tetapi sebenarnya saya banyak bersabar dengan perbuatan dia biarpun dia berlaku curang.

"Saya enggan menceraikannya kerana ingin menyelesaikan semua kekecohan pada waktu itu satu persatu namun jodoh kami panjang dan bertahan sehingga sembilan tahun," jelasnya.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Tags / Kata Kunci: Awie , Rozana Misbun

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan